Chapter 98: Haish...

4.2K 63 7
                                    

Sejak dari hari itu, beberapa kali Edry datang mengajak Kayla keluar untuk makan bersama. Kayla hanya keluar dengan Edry bila dia ke Café Abang Ali. Sekali sekala dia akan belanja pekerja Kayla. Perbuatan Edry yang berusaha mengambil hati Kayla tidak berapa disenangi oleh Amelia. Kayla ada memberitahu Amelia tentang kewujudan Edry. Suatu hari semasa Edry sedang makan tengah hari dengan Kayla dan pekerjanya.

"Kayla... You free tak hujung minggu ni?" tanya Edry.

"Butik saya buka hujung minggu Edry" kata Kayla. Pekerja Kayla menyampuk.

"Owh... Kot la boleh cuti sehari. Parents I nak buat kenduri kesyukuran dan doa selamat sedikit" kata Edry. Seorang pekerja Kayla menyampuk

"Cik Kayla pergi la... Kami boleh jaga butik.. Lagipun hujung minggu ni kan schedule Kak Ana" kata seorang pekerja Kayla. Kak Ana merupakan pekerja pertama Kayla dan merupakan pembantu Kayla dalam menguruskan butiknya.

"Kalau macam tu you memang free la... Kayla you patut kena ada masa untuk diri you juga. Kalau macam tu I jemput you hari Sabtu ni di rumah you" kata Edry. Kayla berfikir seperti berfikir.

"Tak perlu... saya akan bawa sekali ayah, adik saya dengan Amelia" kata Kayla

"Terima kasih Kayla terima jemputan saya" kata Edry tersenyum gembira. Pekerja Kayla tersenyum melihat Edry. Kayla tiada reaksi. Selepas selesai makan tengah hari. Kayla masih tidak berkata apa – apa, sehinggalah mereka sampai di butik.

"Lain kali... Jangan masuk campur urusan peribadi saya... Saya tak suka" kata Kayla kepada semua pekerjanya yang berada disitu.

"Cik Kayla... Maafkan kami... Tapi saya rasa Cik Kayla macam sepadan saja dengan En Edry tu" kata seorang pekerjanya. Kayla menarik nafas panjang.

"Dengan siapa saya kahwin itu urusan saya dengan Allah... Bila sampai waktu saya kahwin... Kalau saya tak kahwin pun itu tetap takdir saya." Kata Kayla dengan tegas.

"Sebenarnya Cik Kayla kami sayangkan Cik Kayla. Cik Kayla ramai peminat... Tapi CIk Kayla tolak mentah – mentah semua. Cik Edry tu saya tengok baik orangnya. Prihatin dengan Cik Kayla" kata pekerjanya.

"Awak semua tahukan, saya ada ayah yang lumpuh... Adik saya pun tak kahwin lagi" Kata Kayla.

Rozana adik tiri Kayla, mempunyai kemanisan yang tersendiri merupakan seorang yang sangat pemalu. Bila dia berhadapan dengan lelaki dia akan mula gelabah walaupun dia seorang guru. Rozana selepas tamat pengajian STPM dia dihalau keluar oleh Jasmin, kerana dia merupakan anak kepada bekas suami Jasmin yang meninggal. Kebanyakan masanya dia tinggal di asrama, banyak perkara berlaku dia tidak mengetahui. Cuma apabila Jasmin cuba mengistiharkan Kayla telah meninggal, dia yang bermati - matian melawan Jasmin, sehingga dia dihalau keluar. Pada mulanya, Rozana memang tidak mahu tinggal dengan Kayla. Tapi atas pujukan Kayla, dan ayah Kayla bersungguh – sungguh meminta maaf padanya. Membuatkan dia bersetuju.

"Saya takkan kahwin, kalau bakal suami saya tak boleh jaga ayah saya" kata Kayla.

******************
Kayla yang sedang memandu, ditemani oleh Rozana dan Ayahnya menuju ke sebuah rumah di Seberang Jaya. Kayla berhenti di hadapan sebuah rumah dan melihat Amelia dan Hadi keluar bersama. Hadi bersalaman dengan ayah Kayla dan berbual seketika. Amelia bersalam dengan Hadi dan terus memasuki kereta Kayla.

"Assalamualaikum Mama, Atuk, Acik" suara Umar menceriakan kereta itu.

"Kita nak pergi mana ni Mama?" tanya Umar pada Kayla.

"Kita nak pergi kenduri dekat island" kata Kayla... Muka Umar teruja.

"Wuhhh naik jambatan" kata Umar. Kedua – dua anak Amelia sangat rapat dengan keluarga Kayla. Amelia tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan kerana dia sangat -sangat tidak bersetuju sekiranya Kayla menerima Edry kembali. Apabila mereka tiba di rumah Edry, Kayla meletakkan kereta agak jauh sikit dari rumah ibu bapa Edry. Dia membantu ayahnya menaiki kerusi roda. Semuanya Kayla dan Rozana buat sendirian. Kayla menolak ayahnya sambil diikuti semua yang menaiki kereta Kayla.

"Assalamualaikum Amran... Ya Allah lama betul tak jumpa" kata ayah Edry sambil memeluk ayah Kayla.

"Waalaikumsalam Azman..." kata ayah Kayla. Edry terus bersalam dengan ayah Kayla. Ibu Edry menghulurkan salaman dan Kayla menyambut salam tangan ibu Edry sambil diikuti oleh semua yang lain.

"Masuklah Kayla... semua" jemput ibu Edry. Kayla masih menunggu ayahnya berbual dengan ayah Edry.

"Kayla masuklah" ajak Edry.

"Tak apa saya tunggu ayah saya" kata Kayla. Amelia memandang tajam ke arah Kayla dan Edry. Tidak lama selepas itu Edry menolak ayah Kayla masuk kedalam rumah. Edry cuba mengambil hati anak – anak Amelia tapi kedua – duanya tidak mahu mendekati Edry. Amelia tersenyum melihat tingkah laku kedua- dua anaknya.

"Amelia... aku nak minta maaf dengan kau. Dulu aku berkasar dengan kau" kata Edry. Kayla melihat ke arah Amelia.

"Cerita lama Edry... Tak payah nak ungkit" kata Amelia.

"Aku betul – betul menyesal" kata Edry. Dia bangun dan pergi ke dapur. Rozana bertanya dengan Amelia.

"Kak... Kenapa dengan Abang Edry tu dengan Kak Kayla?" tanya Rozana. Kayla terdengar pertanyaan Rozana.

"Dia la penyebab Kak Kayla merajuk sampai 10 tahun tak nak balik Penang..." kata Amelia sambil menceritakan serba sedikit apa yang terjadi antara Edry dengan Kayla. Rozana mengangguk mendengar cerita Amelia.

Sebelum mereka pulang ayah Kayla berbual dengan ibu bapa Edry. Sementara Kayla dan Rozana sedang bermain dengan Umairah dan Umar. Amelia baru keluar dari tandas, ditahan oleh Edry.

"Amelia... aku nak minta tolong sikit dengan kau boleh" tanya Edry

"Apa dia Edry... Kayla dah nak balik" kata Amelia.

"Tolong aku pujuk Kayla... Dah berbulan aku try pujuk dia tapi tak jalan" kata Edry.

"Edry... tu semua kehendak Kayla. Biar la dia tentukan dengan siapa dia nak kahwin" kata Amelia.

"Dulu kita kawan baik... Tolong la for old time sake" kata Edry.

"Tapi apa yang kau buat dekat Kayla dulu kejam Edry. Sangat kejam" kata Amelia

"Aku tahu... Sebab tu aku nak tebus balik kesalahan aku pada dia" kata Edry.

"Kau tahu Edry... Kau hancurkan hati dia, kau buat dia merana, kau seksa dia Edry... Lama dia terseksa Edry. Cukup jangan seksa dia lagi. Biarkan dia pilih jalan hidup dia sendiri. Aku tak akan tolong kau. Kau cuba lah sendiri. Kalau kau ikhlas, Allah akan bersama dengan kau. Kalau kau kahwin dengan Kayla... Aku redha" kata Amelia. Dia terus meninggalkan Edry pergi kearah dimana Kayla, Rozana dan anak – anaknya.

*****************
Malam itu Kayla, Rozana dan Ayahnya sedang berehat di ruang tamu selepas pulang dari masjid. Sekali sekala sekiranya Kayla tidak pergi butik pada waktu malam dia akan membawa ayahnya ke masjid untuk mengikuti pengajian kuliah agama.

"Kayla ayah nak tanya sikit boleh?" tanya ayahnya. Rozana yang sedang menonton televisyen hilang fokusnya. Kayla seperti boleh menduga pertanyaan ayahnya.

"Kayla ada suka siapa – siapa ke?" tanya ayahnya.

"Ada..." kata Kayla tersenyum. Rozana dan Ayahnya sedikit terkejut.

"Siapa?" tanya ayahnya lagi.

"Kayla suka ayah... Rozana... Amelia... Umar... Umairah..." kata Kayla sambil ketawa kecil.

"Haish kamu ni... Ayah serious ni" kata ayah Kayla. Kayla dan Rozana ketawa.

"Okay... okay... Tak ada lagi" kata Kayla.

"Dulu Kayla bercinta dengan Edrykan. Sebab ayah kamu berpisahkan... Ayah minta maaf" kata ayah Kayla.

"Ayah.... Sudahlah... benda dah lama berlalu... Jangan ingat benda – benda dah lepas" kata Kayla

"Kamu berdua anak yang baik... Ayah yang buta" kata ayahnya mula sebak. Melihat ayah mereka sebak Kayla dan Rozana terus duduk didepan ayah mereka.

"Ayah... Kami sayang ayah... Cukup ayah sayang kami sekarang" kata Rozana.

"Kayla... Ayah sayang kamu... Ayah tak nak buat keputusan terburu – buru." Kata ayah Kayla lagi.

"Apa dia ayah?" tanya Kayla

"Tadi dekat rumah Edry... Mak dan bapa Edry bagitau yang depa berkenan dengan Kayla. Mereka nak jodohkan Kayla dengan Edry" kata ayahnya. Kayla menarik nafas.

"Ayah rasa?" tanya Kayla kembali pada ayahnya.Amran hanya merenung kearah anak perempuanya itu. 

KaylaWhere stories live. Discover now