Chapter 62: Rindu Terubat

6.5K 53 2
                                    

Pagi itu Kayla bangun awal. Tidak sabar dia berjumpa dengan sahabat baiknya yang lama dia tidak berjumpa. Pagi – pagi lagi Kayla sudah turun ke restaurant hotel untuk bersarapan, dia begitu teruja dengan hari ini. Sedang dia menikmati sarapan pagi sambil bermain dengan telefonnya.

"Assalamualaikum... Awal Kayla..." tanya Tan Sri.

"Waalaikumsalam... Tan Sri duduk lah" jemput Kayla. Tan Sri duduk dimeja bersama Kayla.

"Seorang saja ke Tan Sri?" tanya Kayla lagi.

"Eh... tak nampak ada 10000 orang ikut saya ni" gurau Tan Sri Bakhtiar sambil dia ketawa. Kayla tawa mendengar gurauan Tan Sri.

"Tak sabar nak jumpa kawan ke?" tanya Tan Sri lagi. Kayla mengangguk sambil tersenyum

"Selalu kalau excited macam ni nak jumpa boyfriend" gurau Tan Sri lagi.

"Mana ada Tan Sri... Ni kawan saya waktu sekolah, dia dah macam saudara saya. Banyak dia tolong saya masa saya tengah susah" cerita Kayla. Tan Sri hanya tersenyum mendengar cerita Kayla.

"Dia buat apa dekat Sydney?" tanya Tan Sri lagi.

"Dia dengan husband dia belajar dekat sini tengah buat PhD" cerita Kayla lagi. Tan Sri hanya mengangguk, semasa mereka berbual Tan Sri mengeluarkan beg dan mengeluarkan ubat – ubatan. Kayla melihat Tan Sri sedang mengambil ubat -ubatanya. Rasa ingin tahu mula menghantui Kayla.

"Tan Sri tak sihat ke? Banyak ubat kena makan ni?" tanya Kayla. Tan Sri tersenyum mendengar soalan Kayla.

"Kayla saya dah tua la... Dah nak masuk 60 dah... mesti ada sakitnya..." tenang sahaja Tan Sri bercerita. Rakan sekerja Kayla mula turun untuk bersarapan. Puan Sri bersama Haider dan anak perempuanya ikut bersama. Tan Sri memanggil mereka untuk duduk bersama dengan mereka. Perbualan Kayla dengan Tan Sri selepas itu hanya tertumpu pada kerja. Haider langsung tidak berbual dengan Kayla. Selepas selesai semua mereka bergerak menuju ke Sealife Aquarium.

**************

Kayla mencari -cari orang yang dirinduinya itu di tengah orang ramai. Tiba – tiba bahu Kayla ditepuk dari belakang. Dia memusingkan badannya.

"Kayla..." jerit Amelia. Terus dia memeluk sahabat baik yang lama dia tidak jumpa.

"Weh... Rindu gila dekat kau Amelia..." Kayla mula menitiskan air mata kerinduan. Kayla terus mencium pipi Amelia. Kayla langsung tidak mempedulikan orang ramai yang melihat mereka berdua berpelukan. Selepas lama berpelukan dengan Amelia, Kayla menegur Hadi suami Amelia yang sedang mendukung anak mereka.

"Abang Hadi lama tak jumpa... Wah comelnya anak kau Amelia, selalu tengok dalam gambar je" kata Kayla sambil mencubit lembut pipi anak Amelia yang baru berumur setahun itu. Kayla mengambil anak Amelia dan dia mendukungnya. Anak Amelia memerhatikan Kayla lama dan dia tersenyum.

"Haah... Tengok mak dia la... Mak dia lawa tau. Mesti anak dia comei" tawa Amelia. Kayla ketawa mendengar gurauan Amelia terubat rindunya dengan gurauan Amelia.

"Lagipun mak angkat dia pun bertambah lawa mesti anak angkat kena melawa juga" tambah Amelia.

"Betul ke? Aku mak angkat anak kau ni" tanya Kayla

"Betul la... takkan la aku nak main -main... Kalau jadi apa – apa pada aku dengan Hadi... Aku percaya kau boleh jaga anak aku Kayla... Aku memang percaya dengan kau Kayla." Kata Amelia. Mendengar kata Amelia, Kayla terus memeluk Amelia dan mencium anak Amelia. Tan Sri datang kepada mereka berdua.

"Pak Cik Bakhtiar" kata Hadi yang terkejut bila melihat Tan Sri

"Allahu Akbar... Hadi... dah besar panjang kamu ye..." Tan Sri memeluk Hadi. Kayla berasa hairan bagaimana Abang Hadi yang merupakan senior sekolahnya dulu boleh mengenali Tan Sri.

"Tan Sri kenal Abang Hadi?" tanya Kayla kehairanan.

"Apa tak kenalnya... Parents Hadi ni dulu jiran saya sebelum dia pindah ke Penang. Selalu datang petang - petang main dengan anak lelaki saya Benjy" cerita Tan Sri.

"Benjy apa khabar pakcik lama betul tak dengar cerita dia" tanya Hadi. Datin Sri seperti merengus bila nama Benjy disebut. Entah kenapa. Hadi dan Tan Sri terus berbual tidak mempedulikan Datin. Kayla dan Amelia langsung tidak memperdulikan perbualan Tan Sri dengan Hadi. Kayla dan Amelia banyak meluangkan masa bersama.

"Amelia bila kau akan habis belajar?"tanya Kayla.

"Inshaallah tahun depan aku balik. Lagipun aku dengan Hadi dapat tawaran mengajar di USM" kata Amelia.

"Kau memang tak balik Penang ke Kayla?" tanya Amelia. Kayla hanya menggeleng kepalanya sayu. Amelia faham benar dengan Kayla.

"Ummi dengan ayah aku rindu benar dengan kau... Kayla" kata Amelia.

"Aku tak sedia lagi nak balik" jawab Kayla.

"Sampai bila Kayla? Aku dengar ayah kau pun sekarang tak sihat..." cerita Amelia.

"Apa yang kau tahu?" tanya Kayla.

"Bapa aku ada la tanya – tanya kawan dia. Dia cakap bapa kau kemalangan sekarang lumpuh separuh badan" cerita Amelia lagi. Kayla langsung tidak memberi reaksi. Perasaan sedih mula melanda hati Kayla. Melihat keadaan suram Amelia cuba menghiburkan Kayla.

"Kau tahu kan Kayla... Suami dua minggu kau, dah anak tiga sekarang" tawa Amelia. Kayla terkejut mendengar perkhabaran tentang Cikgu Sham.

"Mana kau tahu?" tanya Kayla

"Tahun lepas aku balik raya terserempak dengan dia waktu raya. Isteri dia pun kebetulan orang Penang. Sekarang dia mengajar dekat Perak" cerita Kayla. Tanpa mereka sedari Haider mencuri dengar perbualan Amelia dan Kayla.

"Suami?" tanya Haider pada dirinya sendiri. Dia mula curiga

KaylaWhere stories live. Discover now