Epilog

649 33 9
                                    

Flashback,

"Hye, Aryana. Kau nak join ke National Leagues for Achery Department, nanti?" Elora menyoal sambil berjalan beriringan dengan Aryana.

Aryana menggelengkan kepalanya. "Sorrylah. Aku tak join kot. Aku tak rasa aku mahir lagi. Yang pertandingan haritu, aku rasa nasib je." Balasnya penuh rasa rendah diri.

Berkerut dahi Elora mendengar jawapan yang keluar dari mulut Aryana. Dia tak nak masuk National Leagues ke apa tahun ni?

"Dah tu? Kau tak nak masuk National Leagues ke?" Soalnya dengan rasa hairan.

"Of courselah nak." Makin berkerut dahi Elora mendengar jawapan gadis disebelahnya. "How?"

Aryana memberhentikan langkahnya buat seketika. "Aku kembali ke dalam Swimming Department." Jawabnya bersama senyuman bangga.

Membulat mata Elora saat mendengar jawapan itu meniti dibibir seorang gadis yang tak mempercayai peluang kedua, satu-satunya Aryana Rosè Henderson.

"Kau dah percaya peluang kedua ke?" Penuh berhati-hati Elora menyoal.

Aryana tersenyum tipis. "Sikitlah. Tengoklah macam mana. Nanti aku cubalah untuk percaya peluang kedua sepenuhnya. Tak salah pun mencuba." Ujarnya.

Elora menganggukkan kepala. "Alright, aku faham. Good job sebab ingin mencuba. Aku yakin kau takkan kecewa. Okay?" Ada nada ceria yang terselit dalam suara Elora.

Aryana membalas dengan senyuman sahaja. Dia janji, dia akan cuba untuk percayai peluang kedua sepenuhnya. Bila tiba masanya nanti.

Dia bergerak ke arah bangunan Swimming Department. Nafasnya ditarik sedalam yang mampu sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Kad akses yang sentiasa ada dengannya digenggam kemas. Mungkin inilah keputusan yang terbaik untuknya.

Pintu Main Pool dibuka dengan penuh rasa gementar. Terbuka sahaja pintu tersebut, pasukan renang yang berlatih menyapa pandangannya. Dia mencari kelibat ketua jurulatihnya, Miss Hailey.

Jumpa sahaja Miss Hailey, dia mengorak langkah ke sana. Hampir semua ahli Swimming Department yang ada dalam kawasan Main Pool itu terkejut melihat kehadiran bekas atlet renang mereka, Aryana Rosè Henderson.

Tidak terkecuali juga Jasmine Green yang baru selesai berlatih.

Lagi mengejutkan mereka semua apabila mereka perhatikan pakaian Aryana. Gadis itu memakai baju renang bersama jaket rasmi Swimming Department.

"Miss Hailey." Sapa Aryana dari belakang dengan penuh berhati-hati.

Miss Hailey yang ralit menulis sesuatu diatas clipboard-nya itu memandang ke belakang untuk melihat suara si pemanggil. Membulat matanya melihat anak buah kesayangannya ada disini.

"Yes, Miss Henderson. What can I help you?" Mesra dia menyoal, langsung tiada nada marah yang terselit walaupun setelah apa yang Aryana buat.

Benda kecil sebeginilah yang mampu buatkan Aryana menangis. Dia tak sangka, ada orang yang menyayanginya sebanyak itu hinggakan walaupun dia dah buat kesalahan besar, mereka masih melayan mereka dengan baik.

"Miss, I think I want to enter Swimming Department back. Can I?" Ayat yang meniti keluar dari belahan bibir Aryana itu membuat setiap seorang pelajar yang mendengar, tergamam.

Miss Hailey agak terkelu pada mulanya tetapi ekspresi dia cepat-cepat bertukar menjadi girang dan ceria. Senyuman lebar terlakar dibibir ketua jurulatih itu.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now