SC-34

346 20 25
                                    

Sehelai kameja kosong berwarna kelabu muda disarungkan pada badan sebagai outerwear. Memandangkan sekarang adalah musim bunga, jadi pemakaian pun mestilah ikut musim.

Light, pastel, soft, floral and all that kind of stuffs.

Converese sneakers berwarna putih yang disimpan di dalam rak kasut diambil. Beg dompet kepunyaannya disimpan ke dalam totebag yang dibawa bersama.

Kasut itu disarungkan pada kakinya. Dirinya ditilik buat kali terakhir dan dia tersenyum puas.

Soft, light, simple and casual. Spring vibes on.

"Yang kau pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?" Tegur Aryana sambil menguap. Dia baru sahaja bangun tidur.

Ya, bangun tidur pukul 11 pagi. Tersangatlah Aryana. Budak yang tak pernah bangun awal pagi.

Sebab tulah banyak kelas terlepas. Latihan pun apa kurangnya.

"Aku nak keluar dengan Helen. Beli barang for our project. Nanti inform yang lain." Pesan Erilynn.

Aryana sekali lagi menguap. Matanya yang masih mamai ditenyeh-tenyeh. Kantuk dia masih tak hilang.

"Beli barang projek tapi pakai baju lawa gila nak mati. Ganas kau ni." Sarah bersuara seperti apa yang terlintas dalam kepala Aryana.

Betul-betul ayat copy paste dari otak Aryana.

"Kau baca otak aku ke gila?" Aryana tak puas hati. Habis hilang segala kantuknya.

"Tak, sekarang ni aku sebut dulu." Balas Sarah.

"Masalahnya ayat tu memang sebiji macam ayat dalam otak aku." Aryana melawan.

"Manalah aku tahu. Nak buat macam mana kalau aku boleh baca otak kau." Tak betah Sarah menjawab.

"Kau pakai ilmu hitam mana sampai boleh baca otak aku ni? Sejak bila kau ada telephaty dengan aku?"

"Sejak bila kita ada telephaty? Kau yang curi ayat dalam otak aku."

"Aku yang fikir du-"

"Sudahlah bergaduhnya. Ayat sama pun nak bergaduh. Tak reti berdamai ke apa?" Erilynn memotong percakapan dua orang itu.

Berjumpa, gaduh. Ayat sama, gaduh. Baju warna sama, gaduh. Segala-galanya bergaduh. Berdamai? Sekali dua je.

"Dia yang mula dulu." Serentak Sarah dan Aryana menunding jari ke arah satu sama lain. Macam budak 5 tahun yang salahkan kawan dia kotorkan baju sedangkan tuan empunya badan yang kotorkan baju sendiri.

Erilynn menggeleng kecil. Penat melayan dua orang budak yang tak pernah matang ni. Sudahlah masing-masing berumur 18 dan 19 tahun.

Aryana seorang tu tahun depan dah nak masuk 20 tahun tapi perangai macam budak 9 tahun.

"Ha, Sarah. Kau kenapa tiba-tiba balik dorm ni? Ada nak ambil apa-apa ke?"
Erilynn bertanya.

Sebenarnya Sarah baru sahaja kembali ke dormitory sebentar tadi. Masuk je dormitory terus cari gaduh dengan Aryana.

Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Benar, tadi dia balik semula ke dormitory sebab dia nak ambil barang tapi dia dah lupa barang apa yang dia nak ambil sebab bergaduh dengan Aryana beberapa minit yang lepas.

"Tak ingatlah. Tak apalah, nanti aku fikir balik. Kau tu, tak nak turun  lagi ke? Karang Helen menunggu, kasihan dia." Sarah berkata dengan nada mengejek.

Dia nak kasihankan orang? Mati hidup balik pun belum tentu.

Erilynn menggulingkan biji matanya ke atas. "Nak halau tu cakaplah awal-awal." Bebel Erilynn.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now