SC-37

331 18 13
                                    

"Have you finished your project with Helen?" Aryana bertanya. Dia dan Erilynn sekarang ini berjalan beriringan untuk pulang ke dormitory setelah hampir setengah hari mereka terperap di Orion Sports Building.

"Yes."

"On a scale of 10, how much would you rate when you partnered up with Helen?" Aryana mengalihkan pandangannya ke depan.

Detapan bunyi kasut sukan Nike-nya memenuhi segenap ruang kaki lima itu. Entah bagaimana dia berjalan sampai bunyi kasut sukan pun boleh bergema sekuat itu.

Sudahlah di kaki lima.

"He's not that fun. So, I'll rate 7 per 10." Tenang Erilynn menjawab.

Kepalanya diangkat dan matanya betul-betul terhala pada belakang badan Aryana. Bahu belah kanan gadis itu diperhatikan. Macam ada sesuatu tertinggal.

"Ary, where's your recurve bow?" Aryana hairan. Dia meraba bahu kanannya yang selalu memikul beg recurve bow berwarna hitam.

Tak ada.

"Oh god, I accidentally left my recurve bow in the Archery Hall." Rambut coklatnya dicengkam kasar. Ini buat kali kedua dia tertinggal barang pentingnya. Gila.

"Do you want to turn back and take your belonging?" Prihatin Erilynn menyoal.

Aryana menggeleng. "It's okay. I'll just leave it there. Nobody will take it anyways." Satu senyuman diukir. Yakin seratus peratus tak akan ada siapa yang menyentuh atau mengambilnya.

Buat apa nak ambil pun. Recurve bow je. Lagi pun, selama dia masuk universiti itu, tak pernah sekali pun dia dengar berita kes kecurian dalam kalangan universiti.

Iyalah, mereka pun dari keluarga yang berada dan kaya raya. Buat apa nak curi barang orang.

"Are you sure?"

"100 percent sure." Sebelah matanya dikenyitkan. Dia berjalan terus ke lif dormitory mereka.

"Ary!" Sapa seseorang dengan mesra. Belakang badan Aryana terasa dipeluk. Cepat-cepat dia meleraikan pelukan itu.

Gadis itu dapat rasakan pelukan lelaki itu, lagi.

Trauma dia yang terdahulu masih lagi tidak hilang. Tak kiralah daripada seorang perempuan atau daripada seorang lelaki. Dia tak selesa dengan pelukan.

"Are you okay?" Sarah menjauhkan dirinya sedikit dari Aryana. Ya, orang yang peluk Aryana sebentar tadi adalah Sarah.

Baru balik dari Archery Qualifiers tu.

"I'm okay." Aryana tersenyum janggal. Masih bukan waktunya lagi untuk dia menceritakan segala kisah hitamnya.

"And then why did you refused my hug?" Kecewa Sarah menyoal. Bibirnya dijuihkan tanda mengada.

"Ah, I just felt uncomfortable since I'm sweating right now. Anyways, how was your qualifiers?" Segera Aryana menukar topik. Bahaya cakap fasal topik tu sebentar tadi, mahu terbongkar segala rahsianya.

"Good." Sepatah dia menjawab. Bibirnya masih lagi dijuihkan.

Erilynn menjadi hairan melihat perangai mengada Sarah yang sangatlah, tiba-tiba.

"Kau demam ke?" Belakang telapak tangannya diletakkan pada dahi gadis itu untuk merasai jika dahinya panas.

Bingung Sarah mendengar soalan Erilynn dan melihat tindakan gadis itu. "Why?"

Second Chance [C]Where stories live. Discover now