SC-27

355 20 1
                                    

Flashback...

Aryana masuk ke dalam Swimming Department setelah hampir sebulan dia langsung tidak menjejakkan kaki ke sana.

Dia tak berniat pun nak masuk sebenarnya tapi satu-satunya tempat yang mampu membuatkan hatinya tenang adalah Private Pool.

Gadis itu dah terlalu lama menenangkan diri di dalam kolam itu, dah menjadi kebiasaannya.

Memang dia tak patut pun masuk sebab dia dah keluar department itu walaupun Miss Hailey bagi semula kad atlet Swimming Department-nya.

Tapi, hari ni dia terdesak sangat. Serabut. Rimas dengan segala benda.

Aryana menyelinap masuk ke dalam Swimming Department. Dia perlahan-lahan berjalan supaya tak ada seorang pun ahli Swimming Department yang perasan kehadirannya.

Kalau ada orang jumpa, pasti tersebar pula fasal dirinya kembali semula ke dalam Swimming Department.

Kad akses diletakkan pada scanner seperti yang dia selalu buat. Private pool itu diintai sedikit sebelum dia tersenyum puas.

Nasib baiklah tak ada orang menggunakannya ketika itu. Jaket rasmi yang tersarung di badannya segera ditanggalkan.

Badannya di basuh dahulu di open shower sebelum merendam kaki ke dalam air. Perlahan-lahan dia turun dan masuk ke dalam kolam.

Seluruh badannya ditenggelamkan untuk membasahi rambutnya yang panjang mengurai. Memandangkan ini bukan pertandingan atau latihan, dia membuat keputusan untuk tak memakai swimming cap.

Rimas je pakai benda tu.

Berat badannya diringankan supaya badannya terapung diatas air. Matanya dipejamkan. Beginilah caranya menenangkan diri.

Sungguh tenang rasanya bila duduk bersendirian tanpa gangguan.

Tiba-tiba sahaja fikirannya mengimbas kembali kenangan hitam lamanya. Kuat dahinya berkerut menahan pedihnya kenangan-kenangan tersebut.

Tanpa disedari, matanya tertutup serapat yang mungkin dan badannya tenggelam ke dalam air kolam yang dalam itu.

Jasmine membuka pintu Private Pool. Terkejut dirinya saat melihat sekujur tubuh yang tenggelam di dalam kolam.

Cepat-cepat dia menanggalkan jaket rasminya sebelum menyelam dan menyelamatkan sekujur tubuh itu.

Tubuh itu dibawa ke birai kolam dan diheret naik ke atas darat. Nak angkat, dua orang tu sama berat je.

Apa yang membuatkan dia lagi terkejut apabila orang yang tenggelam itu adalah Aryana. Pipi gadis itu ditampar perlahan. Tiada sahutan.

Sah gadis itu pengsan. Dengan segera dia mengambil semula jaketnya dan berlari keluar untuk meminta bantuan.

Kerana dia tak mahu ahli Swimming Department kecoh dengan kehadiran Aryana yang tiba-tiba sahaja ni, dia berlari mencari Luke. Nasib sahajalah dia tahu Luke antara peminat bola keranjang.

Senang dia jumpa lelaki itu. Tapi, memandangkan ketika itu perlawanan masih berlangsung dan dia kalut, dia terpaksa melaung apa yang ingin dia katakan.

Setelah berbuat sedemikian, bergegas dua orang remaja itu mendapatkan Aryana. Luke segera memapah tubuh Aryana yang lesu ke Orion Infirmary.

Tamat sahaja pertandingan bola keranjang, tanpa bersalam atau mengucapkan tahniah, Ayden pergi mengekori dua remaja itu ke infirmary.

Risau dirinya melihat keadaan Aryana.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now