SC-46

350 21 21
                                    

"Huaaaa....." Suara Sierra merengek mula kedengaran dari luar pintu bilik mereka berempat. Gadis berambut blonde itu masuk ke dalam bilik dengan muka merengeknya.

Beg sandang yang terletak diatas bahu dicampakkan ke sisi katil dan badannya disembamkan ke atas katil. Bantal yang diletakkan di bahagian atas katil itu diambil dan dia menekup mukanya dengan bantal itu.

Makin kuat suaranya merengek. Erilynn yang baru sahaja selesa membuat ice americano hairan melihat Sierra yang tiba-tiba sahaja merengek. Selalunya dialah yang paling tenang.

"Kau dah kenapa?" Erilynn menyoal sambil mengacau ice americano-nya. Air berais itu diletakkan diatas pantri bilik tersebut.

Suara rengekkan Sierra semakin mengundur. Dia mengangkat mukanya daripada terus menekup bantal. Badannya digulingkan ke sisi untuk menghadap Erilynn menggunakan ekor mata.

"Blaze ajak keluar depan orang ramai duh! Malulah..." Dan gadis itu sambung merengek.

Erilynn menggeleng kecil. "Itu pun nak malu ke? Selama kau couple dengan jahanam tu sebelum ni, tak pernah ke dia buat macam tu?" Gelas minuman berais itu diangkat dan dia menyisip sedikit airnya.

Pantas Sierra menggeleng. "Tak. Lagipun kalau dia buat dulu pun, tak apalah sebab kitorang couple. Tapi masalah sekarang ni Blaze dengan aku kawan je kot." Adu Sierra. Bibirnya dicebikkan. Masih menanggung malu.

"Betul ke kawan je? Aku tengok katil kau dah macam kedai bunga. Bermacam-macam jenis bunga ada dekat katil kau. Sebut je, pasti ada. Tu tak termasuk lagi coklat yang penuh dalam peti sejuk tu. Bukan setakat kedai bunga kau buka, kedai coklat sekali." Sarah yang baru sahaja masuk ke dalam bilik menyampuk.

Jaket rasmi Archery Department yang tersarung dibadannya ditanggalkan, meninggalkan sehelai t-shirt kosong berwarna putih dibadan gadis itu.

Jaket tersebut dicampakkan ke atas katil. Dia pergi ke arah pantri untuk membasuh tangan.

"He's so whipped for you, Sierra." Erilynn membuat konklusi yang sangat bernas.

Sierra mencebikkan bibirnya sekali lagi. "Mana adalah! Dia bagi tu pun sebab dia suka gubah-gubah benda. Tak ada kaitan dengan aku pun." Nafinya dengan serius.

"Kalau tak ada kaitan dengan kau, kenapa semua benda yang dia gubah, dia beri dekat kau? Padahal ramai lagi pelajar perempuan yang lain. Peminat dia pun ramai walaupun dia pelajar baru. Come on girl, takkan tak boleh sense lagi?" Panjang Sarah memberitahu fakta.

Tangan kirinya membuka peti sejuk kecil itu dan dia mencuri sepaket bar coklat yang Sierra dapat dari Blaze. Bar coklat itu diangkat separas bahunya. "Can I steal this?"

Tak tahu apa masalah dia ni. Nak mencuri pun minta izin.

Sierra mengangguk sebagai balasan. Dia bukanlah penggemar tegar coklat. Dia kadang-kadang sahaja makan coklat. Tak minat sebab manis sangat.

"Tapi do, aku still rasa dia tak suka aku. Like why should he likes me? Nah, I don't wanna think about this. It ain't worth it." Sierra membuat kata putus pada dirinya sendiri.

"So, kau pergi keluar dengan dia ke tidak?" Tanya Erilynn. Dia keluar dari kawasan pantri menuju ke meja belajarnya. Ditangannya terdapat gelas minuman berais tadi bersama sepaket kecil coklat Toblerone.

Sierra mengjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "I don't know. I'll think about it after this." Ujarnya sambil bingkas bangun dari katil.

Flannel shirt yang tersarung dibadannya, ditanggalkan. T-shirt hitam yang kini tinggal diatas badannya ditindan dengan jaket rasmi Fencing and Martial Arts Department. Rambut panjang mengurainya diikat tinggi.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now