SC-21

387 23 2
                                    

Earphone disumbat ke dalam telinga. Button start yang ada pada treadmill tersebut ditekan dan dia memulakan larian setempatnya dengan level yang mudah terlebih dahulu.

Disebabkan dia kebosanan dan masih lagi tidak mendaftarkan diri dalam mana-mana bidang sukan, dia membuat keputusan untuk workout di Orion Gymnasium yang ada di sebelah Track and Field Department.

Gymnasium ni dibenarkan untuk digunakan oleh orang ramai. Maksudnya tak perlu minta izin, guna kad apa semua. Hanya masuk dan buat hal sendiri.

Nak kata gymnasium itu besar, tak adalah besar sangat tapi muatlah dalam 30 orang. Maksudnya, kalau nak masuk ke dalam tu kena cepat-cepatlah sebab takut penuh.

Seorang atlet memang mementingkan penjagaan kesihatan dan bentuk badan mereka. Jika tak sesuai, pastinya akan kalah dalam pertandingan.

Oh ya, dia tak berseorangan. Ada seseorang yang menemaninya kerana seseorang itu tak ada kelas pada hari ini.

Dia? Ponteng kelas seperti biasa sebab malas nak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang akan mengumpat fasal dirinya lagi.

"Ary, may I ask you something?" Soal Erilynn.

Aryana memalingkan sahaja mukanya, menandakan dia membenarkan Erilynn untuk bertanyakan soalan.

Walaupun dia menyumbat earphone ke dalam telinga, hanya sebelah sahaja dia pakai. Tak seronok pakai dua-dua. Bukan style dia.

"Bahu kau sakit ke?" Erilynn bertanya sambil matanya memandang bahu kanan Aryana yang dilekatkan dengan patch.

Agak mudah untuk dia lihat patch tersebut kerana Aryana memakai suit pakaian Nike yang dikhaskan untuk workouts.

Faham-faham jelah situasi baju tu macam mana. Thin sleeves, crop top dan ketat. Relax, nama pun workout outfits.

Dah lama dia perasan Aryana kerap pakai benda alah itu pada bahu kanannya bila gadis itu memakai thin sleeves shirt dan jika dia memakai spaghetti straps top dengan jaket, pasti gadis itu akan menurunkan sebelah kiri bahu jaket itu dan bukannya belah kanan.

Aryana memandang bahu kanannya. Dia tersenyum kecil. "Tak adalah." Nafinya.

"Dah tu?" Erilynn masih lagi bertanya. Jujur, dia ingin tahu sangat apa yang disembunyikan oleh Aryana.

"Nantilah. Dalam dorm aku bagitahu." Dan Aryana meneruskan sesi larian setempatnya.

Erilynn mengangguk sahaja. Paksa memaksa ini bukanlah hobinya.

Dia berpaling ke belakang apabila telinganya terdengar bunyi seseorang yang masuk ke dalam gymnasium tersebut.

Melopong kecil mulutnya saat melihat Noah Xavier dan Asher Wilson yang masuk ke dalam gymnasium tersebut.

Matanya mengerling ke arah Aryana sekilas yang masih lagi ralit dengan treadmill-nya. Siap pejam mata, feeling-feeling lagi kau. Tak reti erti penat ke apa budak sorang ni.

Erilynn perasan beberapa orang pelajar lelaki mahupun perempuan yang ada dalam bilik tu berhenti melakukan workout mereka tatkala Noah dan Asher menjejak kaki ke dalam gymnasium.

Apa yang ditakutkan pun dia tidak tahu. Dia masih dikira sebagai pelajar baru bermakna dia tak berapa nak tahu sangat fasal perangai Noah dan Asher.

Apa yang dia tahu, keduanya pembuli dan keduanya ada prinsip 'rules are made to be broken'.

Melanggar peraturan. Menarik ke? Dia perlu bertanya kepada Aryana tentang itu nanti.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now