SC-56

501 27 14
                                    

> This chapter will contain a content warning and I'll inform you when the part is coming. <

Dua minggu kemudian,

"Lempar bola tu!" Laung Asher yang duduk disudut gelanggang. Tanpa berfikir dua tiga kali, Ethan segera melempar bola itu pada Asher.

Asher menangkapnya dengan baik dan melantunkan bola itu ke atas tapak gelanggang sebelum melemparnya pula pada Ayden yang berdiri ditengah gelanggang.

Dengan cekap Ayden menyambut bola itu dan membalingnya pula kepada Noah yang sudah sedia berdiri di kawasan 3 pointer.

Sambut sahaja bola itu, dia terus menyumbatnya masuk ke dalam jaring. Sekali baca, pasti dah tahu masuk ke tidak. Semestinya masuk.

"Yes!" Soraknya dengan kuat. Papan mata automatik yang ada dalam dewan itu mula berubah kepada markah 47 : 50 .

Wisel berbunyi dan dalam sekelip mata, masa ketiga telah pun tamat.

Orion Sports University mendahului 3 mata dari pihak lawan.

Ayden dan Ethan tersenyum bangga, melihat Noah yang kembali bersemangat untuk bermain bola keranjang atau lebih tepat dia tidak lagi leka seperti sebelum ini.

Mereka berlima berkumpul ditepi gelanggang, berdekatan dengan jurulatih mereka. Air mineral diberikan kepada mereka untuk menghilangkan dahaga.

"Keep up the good work, boys. The victory will be ours. All the best. We must be in the leading team at least one point ahead, alright? If you think you can do more, then go for 3 points. Noah, I know you can shoot from a far distance very well. Do your best, we depend on you and Ayden." Ucap ketua jurulatih mereka dengan penuh bersemangat.

Ibarat aura jurulatih itu masuk ke dalam badan mereka, kelima-lima pemain yang tidak henti-henti bermain sebentar tadi turut sama menganggukkan kepala dengan penuh semangat.

"We got this Orions. We aim for victory!" Sorak mereka berlima serentak sebelum memasuki gelanggang bola keranjang semula.

Pasukan pihak lawan telahpun berada dalam posisi mereka. Ayden mendekati Noah yang berdiri dibelakangnya.

"Let's change our position. I'll be the shooting guard and you'll be the point guard. Alright?" Lelaki itu membuat janji dengan Noah.

Tanpa rasa ragu-ragu, Noah mengangguk. Setakat tukar posisi dari shooting guard kepada point guard bukanlah susah sangat. Kedua-dua posisi itu amat penting dalam sukan bola keranjang tersebut lebih-lebih lagi dalam menjaringkan gol.

Selesai sahaja janji sementara mereka, Noah bergerak ke hadapan mengambil alih tempat Ayden manakala Ayden bergerak ke belakang, mengambil alih tempat Noah.

Hampir separuh penonton yang ada dalam gelanggang itu melopong mulut setelah melihat Ayden dan Noah dengan selambanya menukar posisi mereka tanpa rasa ragu-ragu.

Ketua jurulatih mereka yang berdiri disudut bangku hanya mengukir senyuman seribu satu makna. Dia sudah tahu rancangan mereka. Dari awal hingga akhir.

Wisel ditiupkan menandakan permainan keempat bermula. Baru selangkah mereka bergerak, Noah telah pun melempar bola itu ke arah Asher. Dengan sekali aim, bola itu masuk ke dalam jaring.

Sekelip mata ahli pasukan Orions bersorak. Mata pasukan mereka ditambah lagi 2.

Masih lagi mendahului pihak lawan.

Permainan bermula seperti biasa selepas itu. Noah memainkan peranannya sebagai point guard manakala Ayden memainkan peranannya sebagai shooting guard.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now