SC-9

396 21 4
                                    

Pinggan makanan diletakkan ke atas meja. Dia memalingkan wajahnya ke belakang. Ternampak figura Aryana dan Noah yang makan semeja.

"Weh, sejak bila Aryana ada skandal dengan Noah?" Soalnya curiga. Kerusi ditarik tapi matanya masih melekat pada dua orang manusia itu.

Sarah menggelengkan kepalanya. "Bukan skandal. Tapi entah apa yang Aryana buat sampai kena dinner dengan Noah."

Pantas Sierra memalingkan wajahnya ke depan semula. Terbuka luas matanya saat mendengar jawapan Sarah.

"Kira kena bulilah tu?"

"Lebih kuranglah."

Sierra tergelak. Mulutnya ditekup menggunakan tangan agar tidak kuat suaranya kedengaran. Baginya amat melucukan melihat Aryana kena buli sebegitu.

"Kau dah kenapa?" Bingung Sarah menyoal. Hairan melihat Sierra yang menahan tawa. Apa benda yang kelakar?

"Kau kenal Noah Xavier, kan?"

Segera Sarah mengangguk. Siapa je tak kenal dengan si pembuli tu. Baru masuk semester pertama dah heboh fasal dia. Apa yang istimewa pun dia tak tahu. Nak kata handsome pun tak juga.

Dia masih mengunci mulut, menunggu kata-kata seterusnya untuk keluar dari mulut Sierra.

"Pernah dengar cara dia membuli orang?"

Dan Sarah mengangguk lagi. Ngeri jugalah cara Noah tu membuli. Langsung tak ada belas kasihan.

Dia pun hairan macam manalah si Noah tu tak dibuang universiti. Eh kejap, lupa. Dia kan atlet bola keranjang. Mana nak buang pelajar yang dah dapat title athlete ni.

Ada kelebihan je, pasti terselamat dari kena buang universiti. Tak lupa juga dengan Aryana.

"Kau tengok cara dia 'buli' si Aryana." Sarah menurut kata-kata Sierra. Dia mengalihkan pandangan ke arah meja Aryana dan Noah yang berada disudut cafeteria itu.

Nampak smooth dan tak benda yang mengerikan berlaku.

"Tak nampak kena 'buli' pun, kan? Itu yang aku rasa kelakar. Kalau kena student lain, mahu pecah muka masing-masing. Bila turn Aryana je, elok dia 'buli'. Siap ajak makan sekali. Ini kalau fans Noah tahu, mesti Aryana kena attack." Ujarnya bersama sisa tawa. Tak dapat bayangkan fans Noah pergi serang Aryana.

Tengok-tengok diri sendiri kena serang dengan Aryana. Bukan boleh buat main budak seorang tu.

Sarah turut sama tergelak kecil. Baru dia perasan cara 'buli' Noah terhadap pelajar lain dan Aryana teramat berbeza.

"Can I sit here?" Tegur seorang gadis. Serentak Sierra dan Sarah mengangkat kepala mereka.

Erilynn Evans.

"Sure." Balas Sierra mempelawa Erilynn untuk duduk makan bersama mereka.

"Where's your roommates?" Soal Sierra dengan soalan sama yang pernah diajukan oleh Aryana padanya tempoh hari.

"Diorang tak nak turun dinner." Jawab Erilynn macam tak ambil peduli langsung.

"Do you feel comfortable with your roommates?" Prihatin Sarah menyoal.

"Kinda but not too comfortable."

"Aryana ajak masuk dorm kitorang. Nak tak?" Pelawa Sarah padanya. Teringat akan pesanan Aryana petang tadi.

"Nanti kau ajaklah Erilynn dengan Sierra join dorm kita. Aku bosanlah asyik tengok muka kau je hari-hari."

Walaupun pesanan Aryana tu lebih kurang menyakitkan hati, tapi dia setuju juga dengan kata-kata Aryana. Lagi ramai kawan lagi bagus!

Second Chance [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن