SC-8

421 28 9
                                    

Kad akses diambil dari poket seluar jeans-nya. Kad itu diletakkan pada scanner yang berada di sebelah pintu Private Training Room.

Dia mengorak masuk ke dalam bilik itu. Suis lampu dan pendingin hawa dibuka.

Dia pergi ke arah bilik persalinan untuk menukar pakaiannya kepada  pakaian fencing.

Chest protector, plastron, jacket dan breeches disarungkan pada badannya. Stoking dan kasut khas untuk fencing turut sama dipakai.

Rambut lurusnya disanggul tinggi ala-ala messy hair bun. Sarung tangan khas fencing yang terletak diatas rak berdekatan set pedang dicapai.

Headgear atau mask khas fencing turut sama diambil.

Pedang fencing yang tersusun di tempat yang sepatutnya ditilik buat seketika. Dia mencari pedang Épée.

Pedang itu diambil. Headgear yang diletakkan diatas kepalanya sebentar tadi diturunkan menutupi wajahnya.

Disebabkan dia dah mahir untuk menggunakan langkah dan gerak yang dibenarkan dalam pertandingan fencing, dia cuma berlatih cara untuk mengawal pergerakan pedang.

Mungkin baca sahaja anggap benda itu agak mudah tapi sebenarnya tidak. Pedang yang digunakan oleh Sierra adalah pedang Épée dan seperti yang telah dinyatakan di bab sebelum ni, pedang itu adalah pedang yang paling berat dalam fencing.

Memegang pedang itu dan menggerakkannya hanya dengan menggunakan pergelangan tangan tak semudah yang disangka.

Terlalu galak dan terlalu banyak memaksa pergelangan tangan mampu membuatkan urat di pergelangan tangan terbelit ataupun boleh menjadikan pergelangan tangan itu cramp.

Dalam fencing, benda paling utama adalah keselamatan. Betul, sukan lain pun mementingkan keselamatan juga tapi fencing ni guna pedang.

Tersalah aim, boleh teruk kena siat dengan pedang tu. Gurau je. Tak adalah teruk sangat. Setakat minor injuries bukannya sakit pun.

Selesai dia mengawal pergerakan pedang, dia mendekati patung yang ada dalam bilik itu. Sekarang, latihan untuk ketepatan aim pada badan lawan.

Memandangkan dia berseorangan dalam bilik itu, dia berlatih dengan patung sahaja. Nak ajak teammate yang lain pun kebanyakkan yang dia rapat ada kelas pada waktu macam ni.

Hujung pedang diacukan ke depan, tepat mengenai badan patung itu. Mungkin senanglah cara sebegini sebab patung mana boleh bergerak mahupun elak.

Tapi nak buat macam mana. Berseorangan, kan?

Setengah jam dia menghabiskan masa untuk berlatih. Akhirnya dia pun berhenti. Pedang yang digunakan di simpan pada tempat yang sepatutnya.

Headgear dicabut dan disusun ke dalam rak semula begitu juga dengan sarung tangan.

Dia duduk diatas bangku yang ada di hujung bilik latihan itu. Botol air yang dibawa bersama diambil. Air itu di minum dengan perlahan-lahan.

Sepenat-penat dia berlatih pun, tak dapat rasa sangat penatnya kerana bilik itu ada pendingin hawa.

Dia perhatikan keadaan dalam bilik yang kosong tanpa seorang manusia lain itu. Matanya tertancap pada sehelai kertas yang ditampal pada papan softboard yang ada berdekatan tempat menyimpan pedang.

Kenapa aku tak perasan tadi. Desis hatinya. Dia bingkas bangun dan berjalan mendekati kertas itu.

Jadual latihan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now