SC-20

389 24 3
                                    

Lelaki tersebut berdiri tegak di hadapan pintu gerbang Orion Dormitories. Dia tak tahu ke mana harus dia tuju.

Betul, setiap blok dormitory telah tertulis nama blok masing-masing tapi masalah sekarang ni, dia tak tahu dia duduk di tingkat berapa.

Bilik P-15 yang misteri. Dikatakan bilik itu hanya muat untuk 2 orang penghuni sahaja. Sama ada dia duduk berseorangan atau sememangnya dah ada orang dalam bilik itu, dia tak tahu.

Dia menarik bagasinya untuk masuk ke dalam kawasan Orion Dormitories. Kakinya diorak ke arah bangunan Phoenix Dormitory.

Badannya disandarkan pada dinding yang berhadapan dengan lif. Dia tak rasa mahu naik lagi selagi tak tahu bilik dia ditingkat berapa.

Karang sesat, buat naya je.

Pintu lif terbuka menandakan ada orang yang ingin keluar daripada perut lif itu. Dia mengamati wajah dua orang lelaki tersebut. Nampak gaya macam baik. Lebih baik kalau dia bertanya sekarang.

"Em, excuse me. May I know which floor is room P-15 located on?" Soalnya. Kad Phoenix Dormitory ditunjukkan pada dua orang lelaki itu.

"It's located on the second floor. So, you're the newbie, right?" Cuba teka siapa berbicara?

Tepat tekaan anda, dia adalah Ayden Ryan Henderson. Abang kesayangan Aryana.

Kalau teka itu Noah, memang salah sama sekali kerana lelaki itu tak pernah peramah.

"Yes I am. Hye, I'm Blaze Zander Hendrix, 20 years old." Tangan dihulurkan untuk berkenalan.

Dah bertanya, apa salahnya jadi kawan terus.

"Welcome to Orion Sports University. By the way, hye I'm Ayden Ryan Henderson, 21 years old." Dengan mesra Ayden menyambut huluran Blaze. Mereka berjabat tangan tanda pengenalan.

"Oh yea, he is Elijah Stewart. Same age as me." Elijah menghulurkan tangannya saat Ayden memperkenalkan dirinya. Blaze menyambut huluran itu dengan senang.

"Okay, I've to go now. See you again!" Pamit Blaze. Ayden mengangguk memahami. Dia dan Elijah beredar dari situ dan pergi ke kawasan Orion Sports Bulding.

Seperti biasa, latihan.

Blaze mengheret beg bagasinya memasuki lif. Punat tingkat 2 ditekan. Jika tertanya, tingkat dua itu sebenarnya tingkat 3.

Di sana, tingkat bawah sekali di panggil ground floor manakala atas satu tingkat darinya tingkat satu. Dan seterusnya sehingga tingkat 5. Tak tinggi mana pun.

Tapi, di Cygnus Dormitory, tingkat 5 tidak digunakan oleh sesiapa. Tak ada siapa tahu kenapa tingkat 5 itu ditutup. Mungkin pernah terjadi kejadian yang tidak diingini.

Abaikan.

Blaze berjalan di lorong yang ada di tingkat 2 tersebut. Matanya meliar mencari bilik P-15.

Beberapa langkah kemudian, dia akhirnya berdiri di hadapan biliknya. Pintu diketuk beberapa kali sebelum pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.

"You're Blaze, right?" Soal lelaki itu.

Serta-merta Blaze mengangguk.

"Come in." Ajak lelaki itu. Seperti reaksi Erilynn pada hari pertama gadis itu masuk ke dalam dormitory, mereka jakun seketika.

Sumpah, memang macam hotel dan tak boleh deny apa-apa. Mungkin bilik mereka agak kecil kerana hanya dikhaskan untuk 2 orang tapi masih lagi dikira macam hotel.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now