SC-35

367 19 48
                                    

Blaze memikul beg sandangnya menggunakan bahu belah kanan sahaja. Dia berjalan keluar dari dewan kuliah menuju ke dewan kuliah yang lain.

Hari ni ada 3 subjek yang harus dia belajar dan ketiga-tiga subjek itu berturut-turut. Habis sahaja subjek pertama, terus kena pergi ke subjek kedua tanpa ada waktu senggang.

Penat? Semestinya memenatkan tapi bila dah berlaku sebegitu, sesi pembelajaran dia pun jadi singkat sahajalah. Baguslah kerana petang nanti dia ada latihan Rugby pula.

Pemilihan untuk menjadi wakil universiti ke Rugby Qualifiers akan dibuat petang itu. Impiannya adalah untuk menjadi salah seorang ahli yang terpilih dan secara automatik akan terpilih memasuki pertandingan National League yang berlangsung akhir tahun ni.

Sambil dia berjalan melintasi beberapa bangunan dan bilik-bilik yang ada dalam blok itu, dia bermain-main dengan rambut coklatnya.

Sekejap dia kemaskan dan sekejap dia serabutkan kembali. Dah tak ada kerja nak buat sangat tu.

Anak mata kelabunya menangkap satu susuk tubuh yang menekup mukanya pada meja baju.

Berdasarkan warna rambut coklat dan susuk tubuh yang agak ramping, dia rasa dia kenal gadis itu. Paling menyerlah sekali adalah gaya pemakaian yang tersangatlah 'dia'.

Hati Blaze terdetik untuk bertanya khabar gadis itu. Nampak macam sedih.

Baru selangkah kakinya dibuka untuk mendekati gadis itu, dia berhenti. Kata-kata rakannya beberapa jam yang lepas membuatkan dia terkaku di situ. Tak tahu sama ada mahu menolong atau tidak.

"Aku ada dengar Sierra pernah gaduh dengan Ray sebab kau. Ray is Sierra's boyfriend. Aku recommend kau tak perlu rapat sangatlah dengan Sierra tu. Aku takut dia kena marah dengan Ray. Little did you know Ray tu jenis panas baran dalam diam."

'Jadi, Sierra dah ada boyfriend?'  Hatinya berbisik. Tapi kenapa gadis itu nampak sedih. Mana teman lelakinya?

Kata-kata rakannya yang berlegar dalam minda terus dia tepis. Kisah pula jika Sierra tu sudah jadi milik orang.

Masalah besar sekarang ni adalah Sierra nampak dalam kesedihan. Dia kena tolong kerana teman lelaki gadis itu langsung tak munculkan diri.

Jam yang dililit pada tangan kirinya ditilik buat seketika. Ada 10 minit sebelum kelas seterusnya bermula.

Dia berlari anak mendekati gadis itu. Bahu Sierra disentuh dengan perlahan.

Terkejut Sierra dengan sentuhan tiba-tiba itu. Dia mengangkat kepalanya. Air mata yang menuruni pipi dilap dengan kasar.

Badannya dipusing menghadap si dia yang menyentuh bahunya.

Blaze Zander Hendrix.

"Are you okay?" Lembut Blaze menyoal. Tangannya menyeluk poket beg sandangnya dan mengambil sepaket tisu yang sentiasa dibawanya.

Sepaket tisu itu dihulurkan kepada Sierra supaya gadis itu menggunakannya untuk mengelap air mata.

"It's okay." Sierra menolak dengan lembut bersama senyuman tipis. Rambutnya yang agak berserabai dibetulkan.

Blaze mengangguk faham. Dia duduk di sebelah gadis itu. "Are you okay?" Dia menyoal kembali.

Sierra mengangguk. "I'm fine. Thanks for asking."

"Then, why did you cry?" Hairan Blaze bertanya. Mata redupnya merenung ke dalam anak mata Sierra.

Sierra segera mengalihkan pandangannya. "Just a little problem. Don't worry."

Second Chance [C]Where stories live. Discover now