SC-5

482 29 7
                                    

7.30 pagi.

"Oh my god! Aku dah lambat!" Kalut Erilynn bersiap.

Hari pertama dia ada kelas dan hari pertama juga dia lewat. Tak boleh rare lagi ke dia ni.

Erilynn merembat mana-mana baju yang dia sangkut dalam almari. Baju itu dipadankan dengan sehelai seluar jeans.

Dia pergi ke 'meja solek' dan menampal sedikit bedak supaya tidak nampak mukanya pucat.

Rambut dilapkan sehingga kering sebelum ia disikat. Dia mencapai beg sandang dan segera keluar dari dorm.

Kalut-kalut dia menyarungkan sneakers pada kakinya.

Dia berlari anak turun ke tingkat bawah. Oh, bukan berlari anak, turun dengan lif je.

Kakinya laju mengorak keluar dari kawasan dormitory tersebut. Dia melintasi Orion Cafeteria yang penuh dengan pelajar yang bersarapan.

Sayangnya, dia tak sempat nak bersarapan pada hari itu.

Melangkah sahaja ke dalam pintu gerbang Orion Academic Buildings, kaki dia menjadi statik.

Dia mana tahu Studio Print-making terletak dekat mana. Dah lah haritu dia buat tour ala kadar je. Tak baca pun apa benda yang terlekat dekat pintu atau bangunan yang dia pergi.

Menyesal pula tak terima pelawaan Felicia semalam.

Dia perhatikan sekeliling. Makin ramai orang memasuki kawasan tersebut. Nak bertanya pun dia segan.

Dengan tak ada arah tujunya, dia teruskan berjalan. Kejap-kejap matanya melilau, mencari studio yang  sepatutnya dia masuk.

Dia termasuk ke dalam kawasan hallway. Makin ramai pelajar ada disitu kerana disitulah terletaknya loker.

Tanpa sengaja dia terserempak dengan Sierra. Nasib baiklah dia jumpa juga dengan orang yang dia kenal!

"Em, Sierra. Can you help me?"

Sierra yang sibuk menyusun bukunya ke dalam loker segera berpaling. Dia tersenyum sekilas. Pintu loker terus ditutup.

Memfokuskan diri pada Erilynn.

"Tolong apa?" Ramah Sierra bertanya. Bertenaga semacam dia ni pagi-pagi.

"Dekat mana eh studio Print-making?" Soalnya minta petunjuk.

"Oh, ambil course Fine Arts eh?" Pantas Erilynn mengangguk.

"Studio tu aku tak tahu tapi aku ada seorang kawan yang sama course dengan kau." Beritahu Sierra.

50 membantu dan 50 tak membantu.

"Siapa?" Kalut Erilynn menyoal. Dia sudah terlambat ni.

Ada 5 minit je lagi sebelum kelas bermula. Boleh pula Sierra berbasa-basi dekat sini.

"There. Helen, come here!" Panggil Sierra pada seorang lelaki yang tinggi lampai dan berambut coklat muda.

Lelaki yang bernama Helen itu mendekati Sierra. "Why?" Ringkas dia bertanya.

"Kau ada kelas pagi ni, kan? Bawa dia pergi studio Print-making. Aku tak tahu pula studio tu dekat mana." Pinta Sierra pada Helen. Jemarinya ditunjukkan pada Erilynn yang terpinga-pinga.

Nampak gayanya Helen pun macam terlewat.

"Fine." Ringkas Helen mengikut arahan Sierra. "Jom." Ajaknya sebelum dia melangkah ke hadapan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now