SC-36

323 19 17
                                    

Setelah hampir berminggu-minggu dia berlatih memanah tapi tak pernah mahir. Dia mengambil keputusan untuk berlatih bersendirian.

Lagipun, hari ni Sarah, Elora dan Elijah pergi pertandingan memanah. Fasal Elora, dialah yang minta pada Elijah untuk masukkan budak tu dalam pertandingan.

Betul, pada mulanya lelaki itu tak berapa setuju mungkin sebab dia tak berapa kenal dengan Elora lagi tapi selepas dipujuk berpuluh-puluh kali akhirnya dia setuju juga.

Hari ni, impiannya menjadi nyata. Impian untuk berlatih seorang diri tanpa gangguan sesiapa. Sama ada orang yang dia mahu ada bersama atau tidak. Dia hanya perlukan waktu untuk mencuba kebolehannya sendiri.

Tali busur kepunyaannya itu ditarik sehingga habis. Papan sasar dihadapan disasarkan.

Ttak!

Anak panah yang baru dia lepaskan tadi memang kena pada papan sasar tapi bukan pada mata yang dia mahukan.

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia bangga kerana akhirnya anak panah itu kena pada papan sasar yang betul-betul dia aim cumanya dia masih lagi tak mahir nak sasarkan pada markah yang dia mahu.

Sebatang lagi anak panah yang disimpan dalam quiver diambil. Dia membuat perkara yang sama iaitu menyasarkan pada papan sasar itu.

Dia mengambil nafas terlebih dahulu sebelum melepaskan anak panah kelimanya pada hari itu.

Bagus, bagus sangat. Memang betul-betul tersasar sampai tak kena pun pada mana-mana tempat pada papan sasar tu.

Dia mengeluh berat.

Telinganya menangkap bunyi detapan kaki seseorang. Sekali lagi dia mengeluh.

"What are you doing here, Noah?" Tenang dia berkata. Langsung tak pandang muka Noah yang kini berdiri di belakangnya.

Bagaimana dia boleh tahu? Entahlah kerana selalu jumpa, dia sudah dapat mengenali bau badan lelaki itu. Lebih kepada bau minyak wangi lelaki itu sebenarnya. Bau vanila dan pudina yang menyenangkan.

Tapi bukan perangainya.

Noah? Ya Noah. Lelaki itu baru habis latihan bola keranjang. Dia sebenarnya berniat untuk menyinggah je sebab dia nampak Aryana bersendirian. Mana tahu boleh membulinya lagi.

Noah berdecit. "Sejak bila atlet renang universiti ada mata dekat belakang?" Sinis mulutnya berbicara.

Aryana mengetap bibirnya geram. "Kalau kau datang sini nak cari gaduh dengan aku, lebih baik kau blah. Aku tak perlukan kau."

Tempoh hari, Aryana kena buli dengan Noah lagi buat kali yang ke– tak boleh kira. Barang-barang kesayangan Aryana dilempar oleh lelaki itu tanpa belas kasihan dari tingkat kedua bangunan.

Mana tak mengamuk Aryana. Nasib sahajalah barangnya langsung tak pecah. Lepas je Noah jadikan barang-barang Aryana itu sebagai barang permainan, terus Aryana menolak lelaki itu sampai terhentak pada dinding.

Tak ada belas kasihan. Tapi, Noah is Noah. Seteruk mana dia kena lepas membuli, dia tak akan serik.

"Fine." Noah mengangkat kedua belah tangannya tinggi ke udara tanda mengalah. Dia duduk di bangku yang ada beberapa meter jauh dari Aryana.

Lelaki itu mengerling sekilas ke sisi. Dia perasan ada sehelai jaket rasmi Archery Department dan sebuah dompet berwarna hitam. Atas dompet itu terdapat kad akses Aquila Dormitory.

Tak lain dan tak bukan, itu milik Aryana. Dia melihat sahaja. Tidak berniat untuk mengambil.

Matanya dikalihkan pada Aryana yang masih lagi 'berlatih.' Bila sahaja anak panah yang dilepaskan gadis itu tidak kena pada sasaran, dia melepaskan tawa.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now