SC-54

407 19 8
                                    

"Erilynn! Lempar belon tu weh!" Laung Sarah dari hujung bilik latihan  Fencing.

Dia sudah siap sedia panjat tangga sebab nak sangkut belon tu diatas langsir kecil yang ada dalam bilik tersebut.

"Macam mana nak lempar belon woi! Manalah benda ni nak bergerak pergi dekat kau." Sahut Erilynn. Dia mengumpul semua belon yang berterbangan berdekatannya dan membawa belon tersebut kepada Sarah.

Sarah mengambil huluran belon itu satu persatu dan menyangkutnya dengan begitu kemas. Aryana yang melihat dari jauh, melepaskan tawanya.

"Yang kau gelak tu kenapa?" Sarah menyoal dengan kasar tetapi matanya masih lagi fokus pada belon yang ingin dia sangkut.

"Kesian, pendek." Ejek Aryana. Lidahnya sengaja dijelirkan berserta dengan tawa halus kemudiannya.

Sarah mendengus geram setelah mendengar ejekan yang keluar dari mulut Aryana. Dia cepat-cepat menghabiskan kerjanya sebelum menuruni tangga tersebut dengan laju untuk menyekeh kepala Aryana.

Aryana segera melarikan diri saat dia melihat Sarah sudah pun menjejak lantai semula. Sarah mengejar Aryana dengan sepenuh hati.

Dia melajukan langkahnya untuk mengejar sahabatnya yang sudah jauh dihadapan. Kelebihan sahabatnya itu adalah badannya 80% kaki.

Erilynn yang melihat gelagat dua orang teman sebiliknya itu hanya mampu menggelengkan kepala. Perangai kebudak-budakkan mereka langsung tidak pernah hilang dari dalm diri. Makin menjadi-jadi pun ada juga gamaknya.

"No! Jangan main dekat meja makan please! Nanti hancur kek tu!" Jerit Erilynn, cuba memberhentikan dua orang sahabatnya yang tengah sibuk berpusing berdekatan meja makan tersebut.

Belum sempat mereka berdua menjauhkan diri daripada meja tersebut, siku Sarah telah terlanggar kek hari lahir yang baru sahaja dibeli mereka dan menyebabkan kek itu jatuh ke lantai. Lenyek, penyet. Hancur.

Keadaan menjadi beku saat kek itu jatuh menyembah lantai. Ketiga-tiganya kaku dan mengeluarkan bunyi gasp yang sangatlah kuat.

"What have you done, Sarah!" Aryana memecahkan suasana beku mereka. Dia separa menjerit tatkala menyoal soalan itu kepada Sarah.

Sarah pantas menggeleng. "Bukan salah aku! Kau yang mula-mula kejar aku!" Gadis itu membela diri sendiri.

"Kau yang nak kejar aku dulu! Aku larilah!" Balas Aryana dengan penuh rasa geram.

"Yang kau lari berdekatan meja makan tu kenapa?" Sarah masih tidak mengalah. Dia sedaya upaya cuba untuk menutup mulut Aryana yang- sangat sinis.

Erilynn menggelengkan kepalanya sekali lagi. Dahinya dipicit, penat melayan dua orang budak tu. "Sudah-sudahlah gaduhnya! Korang gaduh bukannya boleh kembalikan kek tu! Sekarang ni, korang berdua buang kek tu dan lap lantai. Aku nak cari jalan untuk beli kek tu secepat mungkin." Bebel Erilynn.

Dia bergerak ke arah bangku yang ada dalam bilik tersebut, mendesak otaknya untuk memikirkan bagaimana cara untuk membeli kek hari lahir Sierra yang baru dalam masa 50 minit.

Sesi mendesak otaknya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi deringan telefon. Yang pasti, bunyi itu bukanlah bunyi deringan telefonnya. Dia menjeling smartphone yang ada disebelahnya.

Samsung Note 10 plus. Tak lain dan tak bukan, itu smartphone Aryana. Dia membaca nama si pemanggil. Berkerut dahinya saat melihat nama si pemanggil yang Aryana simpan.

Annoying Brat <3

Nama yang disimpan tu bukan main nampak jahat tapi dihujung nama tu diletak pula simbol hati. Aryana ni dah gila ke apa, saved nombor orang pelik-pelik.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now