SC-24

382 20 8
                                    

"Mana diorang ni." Rungut Sierra sambil menopang dagunya diatas meja.

Poket seluar jeans-nya bergetar menandakan ada notifikasi yang masuk.

Segera dia mengeluarkan smartphone-nya. Jenama apa? Seperti tipikal orang kaya, dia memakai jenama iphone. Iphone 11 pro max.

Lockscreen dibuka dan dia membuka aplikasi WhatsApp. Mesej daripada rakan sebiliknya yang baharu.

Drama Llama Gang

Kenapa drama llama gang? Jangan ditanya. Semuanya disebabkan oleh Sarah yang sukakan llama. Penuh patung llama diatas katil gadis itu.

           Drama Llama Gang 🦙

Erilynn🌻
Sierra, sorry tkleh join lunch.

Aku ada training

Aryanaaa🌹
Aku pun takleh join juga

Ada hal sikit

Sarah🦙
Aku busy

Sierra menggeleng perlahan. Masing-masing sibuk. Dia seorang je ke yang tak ada latihan harini?

Dia menekan papan kekunci dan menghantar satu pesanan ringkas, 'it's okay'.

Ini pun kali pertama mereka tak makan sekali jadi tak ada masalah baginya. Dia pun tahu masing-masing ada hal sendiri.

Lebih-lebih lagi ini masih lagi tengah hari. Jika malam ada latihan, itu sahajalah yang tak logik dek akal.

Gadis itu membuat keputusan untuk menjamu selera seorang diri. Baru sahaja dia ingin mencapai sudu dan garfu yang terletak di dalam dulang, tiba-tiba sahaja ada satu suara yang menegurnya.

"May I sit here? There's no empty space left except here." Pinta seseorang.

Sierra memandang sekeliling. Betul kata seseorang itu, tempat duduk semuanya penuh walaupun tak ramai orang yang ada dalam kafe tersebut.

Gadis itu mengangguk sahaja. Membenarkan dia untuk duduk.

"Sorry if I'm disturbing you. Anyways, my name is Blaze Zander Hendrix. Call me Blaze. Nice to meet you." Ramah lelaki itu bertegur sapa.

"It's okay. By the way, I'm Sierra Clelia Emersyn. Sierra only. Nice to meet you too." Balas Sierra bersama satu senyuman kecil.

Blaze mengangguk sahaja. Dia mempelawa Sierra untuk menjamu selera dan anggap sahaja dia tiada di hadapan gadis itu.

"Blaze you're a new student, right? What sport did you choose?" Sierra memulakan bicara.

Dia tak adalah kejam sangat nak anggap Blaze tak ada di depannya. Dia pun selesa apa bila bersama Blaze. Aura positif yang ada pada lelaki itu tak membuatkan dirinya rasa janggal.

"Yes. I choose rugby. How about you?" Balas Blaze.

"I choose fencing."

"Which sword?" Mesra dia membalas. Siap dengan satu pakej senyuman lagi.

"Épée sword." Jawab Sierra namun matanya masih fokus pada hidangan di depan mata.

"Oh wow, interesting. So, you're an athlete right?"

"I guess?" Ragu-ragu Sierra nak mengaku. Rasa macam berbangga pula kalau bagitahu dia seorang atlet.

Tak mahulah orang anggap dia angkuh.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now