SC-52

354 23 0
                                    

Esok hari merupakan hari lahir yang ke-20 buat gadis bernama Sierra Clelia Emersyn dan disebabkan itu, teman-teman sebiliknya telah pun mula membuat beberapa persiapan untuk gadis tersebut.

Tapi, masalah utama dekat sini, mereka ingin membuat kejutan dan semestinya mereka tidak mahu Sierra tahu fasal rancangan itu.

Sekarang ini, ketiga sahabat itu berkumpul dalam cafeteria, membincangkan masalah utama mereka sambil makan tengah hari.

"Ways to distract her." Gumam Sarah sambil menguis-nguis fried french fries yang baru sahaja dibelinya.

Satu benda alah itu langsung dia tidak makan. Kerjanya dari tadi hanyalah menguis makanan dan tak ada siapa pasti apa masalah dia.

"Makanlah Sarah. Asyik kuis je makanan dari tadi. Bukannya buat kau kenyang pun." Aryana menegur. Perangai dia berubah seperti keibu-ibuan buat seketika.

Sarah mengangguk, tidak membantah. Dia cucuk french fries itu menggunakan garpu yang baru sahaja lepas dia guna untuk kuis makanan tersebut. Fried french fries tanpa apa-apa sos dimasukkan ke dalam mulutnya.

Sebenarnya ada sahaja sos cili dalam pinggan tu tapi disebabkan Sarah sangatlah alahan dengan pedas, walaupun benda tu pedas sikit je, dia lebih rela makan french fries tanpa sos. Sos tomato ketika itu telah habis. Surprisingly not. Pelajar Orion kebanyakkannya tidak makan pedas jadi tak mustahil sos tomato habis lebih cepat berbanding sos cili.

"Ha!" Tiba-tiba Aryana separa menjerit, memecahkan keheningan sunyi yang terambat dalam kalangan mereka.

Dengan satu perkataan itu, dua orang sahabatnya yang lain hampir sahaja mendapat sakit jantung. Tiba-tiba je menjerit, ingat orang tak terkejut? Sudahlah suara persis ikan lumba-lumba.

"Lain kali menjeritlah lagi. Biar semua orang pekak." Sindir Sarah dengan penuh sinis. Sempat matanya memberi jelingan separa maut kepada Aryana.

Aryana membalas kembali jelingan itu tetapi dengan sengihan lebar.

Sarah mengjongketkan keningnya, hairan dengan perangai pelik Aryana seorang ini. Selalunya kalau dia jeling, ekspresi dia pasti serius, ni tak ada angin tak ada ribut, muka dia bahagia.

"Kau dah jumpa idea ke?" Erilynn menyoal bagi pihak Sarah.

Dengan bahagianya, Aryana menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"How?" Sarah menyoal dengan penuh rasa tidak sabar. Dia melepaskan garpu yang dipegangnya dan mendekatkan badannya dengan meja makan untuk merapatkan lagi jarak antara dia dan Aryana.

Aryana ketika itu ada di depan Sarah dan disebelah Sarah ialah Erilynn.

Gadis yang paling tinggi antara mereka bertiga itu memberi satu lagi sengihan lebar. "Blaze." Nama lelaki itu sahaja yang meluncur keluar dari mulutnya.

"Blaze? What's wrong with him?" Erilynn menyoal, tak faham dengan balasan yang diberikan oleh Aryana.

Aryana menepuk dahinya sendiri. "Bruh- takkan tak tahu kot?" Gadis itu tidak terus menjawab sebaliknya dia menyoal Erilynn kembali, seperti menyuruh otak Erilynn untuk berfungsi dengan lebih baik.

Walaupun kalau dia cakap macam tu pun, otak Erilynn masih lagi tidak dapat proses apa-apa. "Huh?" Hairannya. Tak dapat memproses sebarang maklumat yang ada dalam memorinya.

Aryana mengangkat kedua belah keningnya. Susah betul nak proses nampaknya. "Well, Blaze kan always ajak Sierra keluar, why not kali ni kita suruh dia ajak Sierra keluar lagi sekali? Masa diorang tengah keluar tu, kita prepare lah semua benda. Barang dah ada kan? Confirm Blaze setuju punya dengan idea kita." Terang gadis itu ringkas dan padat.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now