SC-53

362 18 5
                                    

I've edited this chap for about 5 times now and I still didn't like how this turned out . Anyways, enjoy this shitty chapter :)

______________________________________

Flashback...

Sarah berkeliaran disekitar kawasan Orion Sports Building sambil menelaah buku tentang Introduction of Criminal Law. Ini bukanlah kali pertama dia kisah fasal pelajarannya tetapi ini kali pertama dia melekat dengan buku-buku pelajaran.

Sambil membaca buku, dia bersenandung kecil. Sekejap dia berhenti, kemudian dia sambung.

Ralit perhatiannya tenggelam dalam buku falsafah tersebut, ada satu suara yang garau dan dalam yang tidak berapa sedap menyapa telinganya.

Buku ilmiah itu ditutupnya dengan perlahan-lahan seraya berpaling ke belakang untuk melihat  si gerangan yang memanggil namanya. Wajahnya yang langsung tiada ekspresi berubah kepada ekspresi takut dan berdebar.

Wajah si gerangan yang memanggilnya sebentar tadi amatlah ngeri dan bengis. Belum sempat dia bersuara, otaknya sudah diperah untuk mencari, menggali dan mengingati segala kesalahan yang dia buat pada si gerangan tersebut sampaikan dia menjadi sebegitu bengis.

"Y-yes?" Tergagap Sarah bersuara. Kepalanya ditundukkan sebanyak yang boleh supaya dia tidak memandang mata lelaki itu.

Felix merapati Sarah. Mukanya yang sememangnya sudah dingin, garang dan bengis diubah menjadi lebih bengis dan ngeri.

"I told you, if you don't want to get yourself in trouble, stop messing with me. Is it really that hard for you to do so?" Penuh garau dia bertanya. Mata hazelnya tajam menikam wajah Sarah yang ketakutan.

Sarah mengumpul segala kekuatannya untuk bersuara. Kepalanya diangkat, matanya takut-takut menatap mata Felix. "W-what do you mean? I didn't do anything. I didn't disturb you." Sekali nafas dia berkata. Biarlah tergagap pun, asalkan dia dapat suarakan apa yang hatinya berkata.

"Stop acting like you're innocent. Stop playing the victim. Stop doing anything that will annoy me." Penuh menyampah Felix berkata.

Dia membuat muka meluat sebagai ekspresi tambahan untuk menerangkan bahawa dia betul-betul menyampah, tersangatlah menyampah.

"What do you mean? I'm not playing the victim here. I didn't bother you. I didn't even get close to you" Sarah melawan dengan suara yang perlahan agar tidak menambahkan lagi kemarahan Felix.

"If so, then tell me. WHO THE FUCK tore my notebook, scribbled my assignments and even deleted all of my emails? WHAT DO YOU THINK YOU'RE DOING SARAH?" Suara Felix separa menjerit. Segala kemarahan yang berbuku dalam hatinya dilepaskan dengan satu nafas.

Sarah terdiam disitu. Dia terkaku, tergamam dan segala jenis ter. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, ada lelaki yang meninggikan suara padanya. Sedangkan papanya pun langsung tidak meninggikan suara padanya.

Bila dia terkena sebegini, dia tidak mampu membuat apa-apa selain menitiskan air mata. Kata-kata Felix betul-betul mengoyakkan hatinya yang sudah senipis tisu. Air mata yang perlahan-lahan menitis diatas pipinya, dikesat dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

Dia mengawal dirinya daripada terus merembeskan air mata. Ekspresi wajahnya cuba dibekukan supaya tiada lagi air mata yang turun.

"Stop tuduh aku macam-macam. Aku tak buat apa-apa. Tolonglah faham. Tolong siasat siapa pesalah tu. Bukan semua benda salah aku! AKU LANGSUNG TAK GANGGU KAU!" Suaranya ditinggikan. Rasa terhina dengan tuduhan yang dilontarkan oleh Felix sebentar tadi.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now