SC-28

351 22 2
                                    

Sarah duduk di bangku yang ada di taman berdekatan dormitory itu.

Dia menanti kehadiran seseorang. Seseorang itu yang suruh dia menunggu, ikutkan hatinya, dia tak rajin langsung nak menunggu orang.

Mulut ditekup kerana menguap. Sudah 15 minit dia tunggu namun batang hidung seseorang itu masih lagi tidak muncul.

Bayang pun tak nampak.

Jangan kata si dia tak ingat fasal 'temu janji' mereka berdua, sudah. Bukan temu janji dating tu. Tapi ni temu janji nak berjumpa.

Ada beza. Sebab si dia itu perempuan.

"Sarah, sorry lambat." Ha, panjang umur pendek akal. Baru je cakap fasal dia.

"Kau lambat 15 minit. Hm, nak apa?" Malas-malas Sarah menyoal. Bila si dia itu ajak berjumpa, macam tergesa-gesa sangat.

Ada hal penting ke apa.

"Aryana pengsan."

"Aku tahu." Pendek Sarah menjawab. Bukan masanya lagi untuk dia ambil peduli fasal Aryana semula.

"Tak nak jumpa dia?" Si dia berpeluk tubuh memandang Sarah.

"Buat apa? Pengsan je pun. Nanti sedarlah." Balas Sarah dengan biadapnya. Api kemarahan dan api kekecewaan mengawal sepenuhnya ruang minda dan hati gadis itu.

Si dia mengeluh. "Dia kawan kau, Sarah."

"Aku tak cakap pula dia bukan kawan aku. Cumanya main point dekat sini, dia pengsan je. Bukan koma sampai aku kena melawat. Ada faham, Elora?" Ya, gadis yang bercakap dengan Sarah sebentar tadi adalah Elora.

"Tapi kau still kena pergi tengok. Tak risau fasal dia langsung ke?" Suara Elora mengendur.

Sarah terdiam. Kepalanya ditunduk dan pandangan matanya menjadi sayu.

Walau apa pun yang terjadi, Aryana masih lagi kawannya. Dia ingat, dia sedar. Cuma, ada benda yang menghalang.

"Tak." Dingin dia membalas. Beg recurve bow dia dicapai sebelum pergi meninggalkan Elora bersendirian.

Elora terpinga-pinga. Macam tu je dia pergi? Hebat betul.

Dia duduk diatas bangku yang diduduki Sarah sebentar tadi. Tubuhnya dipeluk dan pandangan dicampakkan pada air pancut yang berada betul-betul ditengah laluan masuk Orion Dormitories.

"Ego tinggi melangit. Ni kalau dia boleh terbang, rasanya ego tu tinggi sampai angkasa." Bebel Elora seorang diri.

"Aryana pun satu. Ego memang tak nak kalah. Nak minta maaf pun tak nak. Asyik-asyik menang ego dia je." Bebelnya lagi.

Geram dalam diri makin berbuku.

"Bebel seorang diri ke, dik?" Tegur seseorang dari belakang.

Lantas kepala Elora dipusingkan melihat gerangan itu.

Sierra.

"Ah, lebih kuranglah. Kau buat apa dekat sini?"

"Aku patutnya tanya kenapa kau dekat sini. Bukan ke kau penghuni Lyra Dormitory? Buat apa dekat Aquila Dormitory ni?" Balas Sierra.

Tempat duduk di hadapan Elora diambilnya.

"Aku jumpa Sarah tadi." Ringkas dia menjawab.

"Talk about Sarah, kau cakap apa dengan dia tadi? Badmood semacam."  Soal Sierra. Mata kini difokuskan pada Elora.

"Aryana pengsan, right? Aku suruhlah dia pergi melawat. No matter what, she's still Aryana's friend." Takut-takut gadis itu menjawab.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now