SC-18

386 25 11
                                    

Bola baseball yang ada ditangannya sengaja dilambung tinggi. Dia berasa puas menunggu lagi 2 orang rakan sepasukannya untuk berlatih baseball.

Dia, Helen Oakwoods merupakan seorang pitcher yang berjaya. Dia tak pernah melepaskan mata pasukannya sesuka hati kepada pihak lawan.

Selalu sahaja dia melempar bola itu mengenai tepat kepada si catcher dan semestinya, mata akan diberikan kepada pasukannya.

Selain menjadi pitcher berjaya, dia juga seorang hitter yang selalu memukul tepat bola yang dihantar oleh pihak lawan. Matanya bagaikan helang memerhati bola yang datang mendekati.

Lariannya yang pastinya laju itu memudahkan dia untuk berlari dari  tempatnya ke arah first base, second base, third base dan tempat asalnya.

Seorang atlet baseball yang tak pernah mengecewakan pihak universiti. Walaupun dia baru sahaja berumur 20 tahun, ramai yang melantiknya untuk menjadi ketua baseball dan ironinya, senior-year student pun bersetuju dengan pemilihan tersebut.

"Move to your position, now!" Lantang dia memberi arahan setelah memastikan ke-18 pemain sudah pun masuk ke dalam posisi.

Untuk latihan kali ini, ia lebih kurang seperti pertandingan sebenar. Pastinya kumpulan 1 akan berlawan dengan kumpulan 2.

Helen sudah membuat keputusan untuk masuk ke dalam kumpulan 2 dan seorang lagi atlet baseball yang terkenal, Marcus Hansson akan masuk ke dalam kumpulan 1 untuk mengadilkan perlawanan tersebut.

Helen, sebagai starting pitcher mengambil tempat di hadapan Marcus Hansson yang mengambil posisi sebagai hitter.

Atlet berlawan dengan atlet, agaknya siapa yang akan menang? Kita lihat.

Helen merenggangkan kedua belah tangannya. Kedua tangannya diangkat tinggi ke udara. Badannya di posisikan tepat-tepat 90 darjah menyenggeng daripada Marcus.

Badannya ditundukkan sedikit dan lutut kirinya diangkat tinggi supaya sama paras dengan dada. Bola dalam tangannya yang dipegang kemas sejak tadi lagi dilontarkan ke depan dengan sekuat mungkin.

Bola itu meluru laju ke arah Marcus. Sayang beribu-ribu kali sayang apabila bola yang dilontarkan oleh Helen sebentar tadi berjaya di pukul oleh Marcus. Bila atlet berlawan dengan atlet, beginilah jawabnya.

Marcus melepaskan pemukulnya dan mula berlari ke arah first base setelah mendapati bola itu dapat dipukul dengan jauh tapi tak adalah sampai dapat home run. Dia tersenyum bangga saat kakinya mencecah first base sebelum penjaga center field mendapat bolanya.

Hitter di ganti dengan orang lain.

Kini, Helen pula yang tersenyum apabila hitter telah diganti tempat. Baguslah, senang sikit di nak bagi 3 kali strike. Seperti yang pernah dilakukan tadi, dia melontar bola dengan gaya yang sama.

Pada mulanya, dia ingat dia akan dapat strike tapi sangkaannya meleset apabila bola tersebut berjaya dipukul oleh hitter kedua dengan sempurna. Dia lupa, rakan sepasukannya pun handal.

Seperti yang dilakukan oleh Marcus sebentar tadi, hitter kedua berlari ke arah first base dan Marcus berlari ke arah second base pula.

Perlawanan itu diteruskan sehinggalah 9 inning. Rasa-rasa siapa yang menang?

Maaf tapi tak ada orang yang menang. Kedua-duanya mendapat markah yang sama dan seri dan mereka dah penat untuk sambung main lagi.

Helen bergerak ke arah hujung padang baseball. Dia meneguk air dengan rakus sekali kerana kepenatan.

Matanya diliarkan sekeliling. Ia tertancap pada figura seorang gadis yang berlari anak untuk masuk ke dalam kawasan bangunan akademik.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now