SC-39

326 20 21
                                    

Luke berjalan keluar dari dewan kuliah bersama beg sandang yang dipikul pada bahu kanannya.

"Luke, nak lunch dengan kitorang ke?"  Andrew menyoal. Tangannya naik untuk membetulkan tali beg yang terletak diatas bahunya.

"Tak apalah. Aku nak spend time dengan Aryana. Dah lama tak borak dengan dia." Luke tersenyum kecil. Dia membuat gaya peace out sebelum berlalu pergi.

"Ingatkan dah tak ingat member dia seorang tu." Gumam Andrew.

Kevin merangkul lengannya pada bahu Andrew. "Relax bro, jom pergi lunch."

Erick mengangguk menyetujui kata-kata Kevin. Mereka bertiga kemudiannya bersurai dan pergi ke Orion Cafeteria.

Luke menjenguk sedikit kepalanya untuk memastikan sama ada 3 orang rakannya itu telah hilang ataupun tidak. Dia tersenyum puas bila 3 orang rakannya itu telah pun tiada di tempat tadi.

"Sorry guys. Bukan nak berenggang tapi Aryana buat hal. Lagi..." Dia mematah balik ke laluan asalnya, mencari kelibat Aryana.

Dari jauh, dia nampak kelibat Aryana yang berjalan mendekatinya. Gadis itu mengenakan pakaian yang kasual iaitu oversized hoodie berwarna beige dan sehelai skinny jeans berwarna putih. Dikakinya pula tersarung kasut Nike Air Max 90 berwarna beige dan putih.

"What's up?" Sapa Aryana. Sebelah tangannya diangkat tanda sapaan. Memang gengster.

Luke membalas dengan melakukan perkara yang sama. "How are you? Lama tak borak." Mereka berdua membuat fist bump pula. Klasik.

"Macam ni jelah. How's your training so far?" Mereka kini berjalan beiringan.

"Not that bad. I love training by myself without other's help, though."

"As expected from this girl. Anyways, I heard you purposely broke Bella's racket. Why did you do that?" Luke memulakan sesi soal siasat.

Sebagai rakan baik pun, dia tidak mampu nak mengawal perangai Aryana yang terlalu nakal.

"Because she purposely broke my bow." Kedua belah bahunya dijongketkan tanda dia tidak bersalah. Balas dendam? Itulah dia.

Terbeliak mata Luke mendengar jawapan Aryana yang terlebih selamba. "So, kau revenge macam tu tanpa berfikir panjang dah. Ary, dia girlfriend Noah kot. What if dia bagitahu Noah? Mati kau nanti."

"Noah buli aku pun tak adalah sampai aku mati." Aryana menjawab dengan gaya menyampah.

Luke mengeluh. "Ha ye. Tak adalah sampai kau mati. Bear in mind, you're emotional. I'm worried if you stress too much  or even depressed then you'd suicide. Who knows what will you do after this. And also, Noah. He's not a good boy. He'll never forgive you." Bebelnya.

Langkah Aryana terhenti. "There he is." Mata hazelnya tajam menikam ke dalam mata kelabu Noah. Di belakang lelaki itu berdirinya Bella dengan muka yang buat-buat hampir menangis.

Menjijikkan.

Luke menelan air liurnya tatkala dapat merasai suasana tegang antara dua orang itu.

"I heard you broke my girlfriend's racket." Noah memulakan perbualan atau lebih tepat pergaduhan. Tubuhnya dipeluk, menahan kemarahan.

"Yes, then what?" Melopong kecil mulut Bella apabila mendengar balasan daripada Aryana. Berani sangat.

"Mind telling me why?" Masih tenang nada Noah. Cuma ada satu yang berbeza. Auranya lebih tegang dari biasa.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now