SC-19

358 25 10
                                    

Smartphone yang diletakkan di hujung katilnya diambil apabila dia terdengar bunyi detingan mesej masuk.

Screenlock dibuka. Berderu mesej yang masuk. Dia swipe notification bar ke bawah dan terpapar pelbagai jenis notifikasi yang masuk.

Terutamanya berita tentang dirinya. Berita di universiti tersebut cepat sahaja tersebar. Baru semalam dia telah menarik diri dari Swimming Department, hari ni terus ada beritanya.

The Swimming Department recently lost one of their athlete, Aryana Rosè Henderson

Aryana decided to quit from The Swimming Department as she can't seem to accept that she lost in the recent swimming tournament

Smartphone-nya segera dicampakkan ke tepi. Dia tak mampu lagi membaca berita tersebut.

Hari ni, dia buat keputusan untuk tidak memasuki mana-mana kelas. Dia mahu berkurung di dalam bilik sahaja.

Pagi tadi, dia langsung tak turun ke cafeteria untuk sarapan pagi. Tatkala Ayden tidak melihat kelibat Aryana di cafeteria, terus lelaki itu menelefon adik kesayangannya untuk bertanya khabar.

Kerana Aryana bukanlah seorang yang suka meluah, dia hanya katakan dia baik-baik sahaja. Semestinya Ayden tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari adiknya tapi nak buat macam mana bila dah dia kata begitu.

Lututnya dipeluk rapat, mukanya disembamkan ke dalam lutut. Hatinya terasa serba salah.

Betulkah keputusan dia untuk keluar dari Swimming Department dan cuba untuk menyertai department lain sedangkan dia tak ada satu pengalaman pun dalam sukan lain?

Dia nak berasa menyesal? Mungkin tidak kerana ini bukanlah dirinya yang sebenar. Dia merupakan seorang gadis yang mempunyai pendirian yang tetap.

Bila dia kata ya, memang ya dan bila dia kata tidak, memang tidak. Paksalah dia sejuta kali pun, dia takkan mengubah pendiriannya.

Tapi sebenarnya, dia sendiri masih lagi tiada keputusan untuk masuk ke dalam bidang sukan apa selepas ini. Fencing seperti Sierra? Mungkin tidak kerana dia benci akan suit fencing yang tebal dan panas.

Volleyball macam Erilynn? Mungkin tidak juga kerana dia tak suka bermain di tengah panas dan lagi pun pukulannya tidaklah kuat mana.

Archery seperti Sarah? Oh ya, memanah. Mungkin dia berminat dalam bidang sukan yang satu ini kerana ia terdapat 2 kategori iaitu indoor archery dan outdoor archery.

Kerana dirinya tak berapa boleh dengan kepanasan yang melampau, dia boleh memilih untuk menyertai indoor archery.

Ada satu sahaja masalah untuk menyertai bidang sukan ini. Sarah akan benarkan ke dia nak menyertai bidang sukan yang sama? Tak membebankan ke?

Nak tanya siapa kalau nak masuk bidang sukan yang satu itu?

Dia pun tertanya-tanya.

Oh kejap, dia rasa dia ada kenal ketua Archery Department. Siapa lagi kalau bukan Elijah Stewart, rakan karib kepada abangnya.

Baguslah, dia boleh roger lelaki itu nanti!

Pintu bilik itu terbuka dari luar dan tersembullah wajah ketiga-tiga rakan sebiliknya yang lain.

Erilynn dengan muka cemasnya, Sierra dengan muka kerisauannya dan Sarah dengan muka tak tahu nak bereaksi bagaimana.

Serentak mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu. Hampir berlanggar seorang dengan seorang lagi untuk mencelah melalui pintu dan masuk ke dalam bilik.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now