SC-48

332 21 4
                                    

Sarah berjalan keluar dari kelas menuju ke tempat latihan memanah. Segala barang yang perlu dia bawa sudah ditinggalkan di dalam Archery Hall pagi tadi jadi dia hanya perlu berjalan ke sana melenggang kangkung.

Baru beberapa langkah dia berjalan, dia terserempak dengan Eva dan Bella yang seronok berborak. Dia menggigit tepi bibirnya tanda kegelisahan.

Tak kena masa betul nak terserempak dengan diorang pun! Dia perhatikan kawasan sekeliling terlebih dahulu sebelum berpatah balik untuk lalu jalan yang lain.

Tak sampai 3 langkah dia berjalan, ada seseorang yang menyekat jalannya. Si misteri itu mencekak pergelangan tangan Sarah dengan begitu kemas sebelum mengheretnya mendekati Bella dan Eva.

Eva yang terasa ada kehadiran seseorang segera memalingkan kepalanya ke tepi. Melihat muka Sarah yang dalam keadaan ketakutan, satu senyuman sinis terukir di bibirnya.

Dia berpeluk tubuh di hadapan Sarah. Kini kedua belah tangan Sarah dicengkam kuat oleh dua orang suruhan Eva. Tak silap, gadis yang memegang pergelangan kirinya adalah Maeve dan seorang lagi dia tidak kenali siapa.

"Hye. Long time no see. How are you?" Perlahan dan sinis Eva menyoal. Tangannya masih lagi kemas memeluk tubuh.

"What do you want? I told you to stop searching for me. I don't wanna see your ugly face, you brat." Kasual dan tak berperasaan Sarah menyusun tutur kata.

Muka ketakutannya sebentar tadi sudah bertukar kepada tiada ekspresi. Kosong.

Eva tergelak sinis, menahan rasa sakit yang dia dapat rasai dihujung hatinya. Gelaran yang Sarah bagi betul-betul menyakitkan hatinya.

"What did you call me? Ugly? Brat? Hye bitch, mirror yourself first please. Who are you to call me ugly? To call me brat? You are way more uglier than me. Okay?" Jari telunjuknya senang lenang sahaja menunjal kepala Sarah.

Sarah berdecit geram. Dia mengalihkan kepalanya ke sisi, mengelak daripada terus kena tunjal. Kalau bukan sebab pergelangan tangannya dicengkam, memang dia dah tepis, siap tampar lagi manusia depannya ni.

"I'm not lying though. You're really ugly. Okay? Oh yeah, thats why Felix broke up with you."

Melopong besar mulut Eva mendengar ayat yang keluar dari mulut Sarah.

Tangannya naik mencengkam rahang Sarah. "Who told you that? Hey bitch, Felix and I are still together, still in love with each other. Mind your words, you fucking bitch." Carutnya. Kukunya yang tajam itu mula menikam ke dalam pipi Sarah menyebabkan pipi gadis itu meninggalkan kesan calar.

Jika Eva menekan kukunya itu dengan lebih kuat, pasti pipi Sarah akan berdarah.

Sarah menjerit kesakitan saat kuku Eva semakin lama semakin menekan rahangnya. Silap haribulan boleh berdarah rahangnya.

Eva tergelak mendengar suara Sarah mengaduh. Melihat gadis itu merana adalah satu kebahagian buat dirinya.

"Why did you cried? Hurt? Oh, I'm so sorry." Seraya berkata sedemikian, makin kuat dia menekan rahang Sarah. Makin kuat juga Sarah mengaduh kesakitan.

"Stop it." Perlahan Sarah berkata. Suaranya separa merayu.

"No I won't-" Anak mata Eva menangkap kelibat Felix yang berjalan membelakangi kawasan itu.

Hujung bibirnya ternaik kecil. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.

Benda itu dia lemparkan tepat-tepat ke belakang badan Felix. Selepas itu, Bella, Maeve dan lagi seorang orang suruhannya memecut untuk melarikan diri. Eva meletakkan satu lagi benda yang dia lemparkan sebentar tadi ke dalam tangan Sarah. Kemudian dia meninggalkan Sarah bersendirian.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now