SC-7

399 27 13
                                    

"Who's Aryana?"

Keras Noah bertanya. Semua mata tertumpu ke arah Aryana yang berada di belakang.

Tangan Aryana dah mencubit peha Luke di sebelahnya. Geram betullah!

Perlahan-lahan Aryana bangun. Mukanya tunduk menekur lantai. Kenapalah dia tiba-tiba rasa takut ni!

"Oh, our swimming athlete." Sinis Noah berkata. Dia mara ke atas mendekati Aryana yang masih lagi menundukkan kepalanya.

Bagaimana Noah kenal? Memanglah Noah kenal sebab Aryana terkenal dengan kepakaran dia dalam sukan renang, perangai nakalnya dan tidak lupa juga dengan raut wajahnya yang cantik serta ketinggiannya yang agak tidak masuk akal bagi seorang gadis berumur 19 tahun.

"Who allowed you to touch my guitar?" Dingin dia berkata.

Aryana tidak menjawab. Mulutnya bagai terkunci.

Luke di sebelah hanya mampu memberi sokongan dalam hati sahaja. Tak mampu nak bercakap ketika Noah ada sekali.

Noah memandang sinis Aryana yang masih lagi menekur lantai. "Kenapa pandang lantai? Lantai lagi handsome dari muka aku, eh?" Sindirnya.

Serentak itu Aryana mengangkat kepalanya. Matanya terpaku dalam anak mata Noah.

Terpegun dia melihat anak mata berwarna kelabu milik lelaki itu.

"Yes, I know my eye colour is pretty but I don't need that. What happened, honestly?" Selamba dia berkata bagai hilang semua sifat dinginnya.

Tak pastilah kenapa tapi dia tak rasa nak tengking pada gadis bernama Aryana.

Cumanya, perasaan marah fasal gitarnya sebentar tadi masih lagi dirasai.

"Nonsense." Desis Aryana perlahan. Jujur dia terpukau dengan warna anak mata Noah tapi geram juga dengan perangai lelaki itu.

Terherot bibir Noah saat mendengar perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. "What did you just say? I can't hear it." Ujarnya pura-pura tak dengar.

"Pekak ke? Aku cakap nonsense je." Dan kesabaran Aryana bukanlah setinggi yang disangka.

"Wow, reti pun cakap kuat." Perli Noah. Matanya menikam ke dalam anak mata Aryana.

Mukanya sengaja dibuat tanpa ekspresi.

"What's your problem, actually?" Tenang Aryana menyoal walaupun dalam hatinya rasa macam nak terbakar je bercakap dengan Noah seorang ni.

"Aku sepatutnya tanya apa masalah kau. Kenapa patahkan gitar baru aku?" Soal Noah kembali. Soalan berbalas soalan pasti tiada penghujungnya.

"Gitar je pun. Itupun nak kecoh." Aryana melawan sambil berpeluk tubuh.

Luke yang dari tadi perhatikan pergaduhan antara dua orang tu dah mula rasa nak sekeh kepala Aryana. Boleh pula dia jawab macam tu!

Terangkat kening Noah mendengar kata-kata Aryana. Amboi, berani betul.

"Aku tak kecoh pun. Tapi tu gitar aku, aku ada hak nak tanya kenapa." Balasnya tidak mahu mengalah.

"Gitar kau? Haha.. illegally bawa masuk eh? Oh ya, lupa kau bad boy ." Tak gentar dia melawan.

Sebentar tadi bukan main menundukkan, terpaku, terkaku apa semua, ini berani pula nak melawan!

"Bad boy aku pun tak adalah sampai nak hancurkan barang kepunyaan orang lain." Sinis dia berkata.

Seisi pelajar dalam bilik itu dapat merasakan ketegangan antara 2 orang manusia tersebut.

"Oh ya? Tak hancurkan barang orang tapi pergi buang barang kepunyaan orang lain. Macamlah aku tak tahu."

Second Chance [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum