SC-2

646 40 2
                                    

Orion Infirmary

Pintu bilik rawatan itu diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka.

Andrew melangkah masuk diikuti dengan Aryana.

Ray yang duduk memicit kepalanya segera mengangkat muka. Wajah Andrew dipandang tajam.

Macam nak membunuh.

Aryana pandang sekeliling. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang duduk bersebelahan seorang gadis yang tidak dikenalinya.

"Eh, Sarah? What are you doing here?" Soal Aryana pada Sarah William Mandes, seorang teman sebiliknya.

Sarah mengangkat kepala dia. Wajah Aryana ditenung tidak berkelip. "Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa dekat sini? Bukan ke kau pergi jumpa dekan tadi?" Soal Sarah kembali.

Aryana tersengih. "Aku saja je nak jumpa Sierra." Balasnya.

"Kau lari lagi eh?" Musykil Sarah menyoal. Aryana menggosok belakang lehernya bersama senyuman.

Sarah menepuk dahinya perlahan. Dah faham dengan perangai Aryana.

Tiba-tiba sahaja bahu Andrew di tolak rapat ke dinding. Terkedu semua orang yang ada dalam bilik tersebut.

Ray mara mendekati tubuh Andrew. Kolar baju Andrew dicekaknya.

"What are you trying to do?" Bisik Ray keras.

"I don't wanna do anything. Aku tak sengaja, okay." Balas Andrew masih berlembut dan tidak mengeluarkan api kemarahannya.

Tapi, boleh tahan sesak nafas juga bila Ray mencekak kolarnya. Kuat sangat.

"Nasib baiklah Sierra pengsan je. Kalau aku tahu dia ada serious injuries, aku tak teragak-agak nak bunuh kau." Ugut Ray keras.

Tangannya melepaskan kolar Andrew. Andrew memberikan death glare buat Ray.

Nak ugut pun janganlah sampai main nak bunuh!

Sierra perlahan-lahan ingin membuka matanya. Kepalanya dipegang seketika. Berdenyut bukan main. Posisi badannya dibetulkan supaya dia boleh bersandar.

"Sierra!" Serentak Sarah dan Erilynn menyeru nama gadis itu.

Sierra tersenyum tipis. "Apa korang buat dekat sini?" Soalnya. Baiklah, saya tahu ini novel tapi ini bukan masanya untuk menjadi clichè.

"Tunggu kau sedarlah." Balas Sarah. Macam mana dia boleh ikut Ray sampai masuk Orion Infirmary?

Okay, sebenarnya macam ni, dia berkeliaran di tepi padang nak tengok pemain bola sepak. Kan selalunya pemain bola sepak ni handsome dan tinggi! Sebab itulah dia berkeliaran di kawasan padang.

Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada langkah Ray yang berlari ke arah blok Eleanor Roosevelt yang terletaknya bilik Orion Infirmary.

Melihat tubuh Sierra yang dipapah memasuki bilik tersebut, dia tertanya-tanyalah apa yang terjadi. Dia pun ikutlah langkah Ray dan Erilynn.

Senang je ceritanya.

"Sierra, are you okay?" Soal Ray risau. Mana tak risau kalau teman wanitanya pengsan!

Sierra sekadar mengangguk. Ray melepaskan nafas lega. Nasib baiklah tak teruk sangat.

"Sierra." Seru Andrew yang berada di hujung katil Sierra.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah." Pintanya perlahan. Sekadar dapat didengari oleh Sierra dan Ray sahaja.

Sierra menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. "It's okay. Bukan salah kau pun."

Second Chance [C]Where stories live. Discover now