SC-29

350 23 7
                                    

Selesai membeli segala keperluannya, tanpa sengaja dia memasuki sebuah lorong yang agak gelap.

Jujur, dia terlupa jalan mana patut dia guna. Dia jarang berjalan kaki ke kedai serbaneka. Selalunya dia akan naik kereta.

Tapi kalini driver keluarganya sibuk menghantar kedua ibu bapanya ke lapangan terbang. Sudahlah satu kunci kereta pun tak tinggal dekat rumah.

Terpaksalah dia dan abangnya berjalan kaki pergi ke kedai serbaneka untuk beli beberapa makanan. Bibik mereka semestinya menghalang tapi siapalah dia nak melawan kata-kata anak majikannya.

Sekali kena report yang dia melawan, pasti kena buang kerja. Lebih baik dia tak ambil risiko.

Cakap fasal abangnya, lelaki itu pula entah menghilang ke mana. Keluar sahaja dari kedai serbaneka itu, langsung batang hidung abangnya tidak kelihatan.

Totebag kainnya dijinjit bersama. Tak pakailah beg plastik ni.

#SaveTheTurtles

Perjalanan diteruskan melalui lorong itu. Bau vodka kuat menusuk ke dalam hidungnya.

Dia tak pernah sentuh benda tu sebab  baunya langsung tak menenangkan. Lagipun, alcohol percentage terlalu tinggi untuk budak 16 tahun sepertinya.

Sebelah tangannya mengepit hidung supaya kurang bau arak yang menusuk.

Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampirinya. Pipi lelaki itu merah sedikit. Bau vodka makin kuat menusuk ke dalam hidung Aryana.

Sah, lelaki itu sudah mabuk. Aryana mengundur langkahnya ke belakang bila lelaki itu makin menghampirinya.

"Hye, pretty." Sapa lelaki itu bersama senyuman menjijikkan di mata Aryana.

Gadis itu makin mengundur. Dia nak lari. Cuma salah dirinya memakai mini dress tengah-tengah malam macam ni.

"Don't run, please." Lelaki itu merayu. Makin lama dia makin mendekati.

Aryana segera memusingkan badannya. Lari sahajalah. Terselak ke terkoyak mini dress dia, itu lain cerita. Nasiblah dia pakai safety short.

Entah bagaimana, lelaki mabuk itu berjaya menangkap badan Aryana. Lelaki itu memeluk tubuh Aryana erat.

Tangannya meliar menyentuh badan Aryana. Gadis itu meronta-ronta ingin dilepaskan. Makin kuat lelaki itu memeluk Aryana bagai tidak mahu dilepaskan.

Makin kuat juga Aryana meronta. Suaranya menjerit meminta tolong. Namun, suaranya tenggelam bila lelaki itu menutup mulutnya.

"Shut up or I'll rape you harshly." Aryana tak mengalah. Dia sedaya upaya cuba untuk menjerit lagi.

Peduli apa kena ugut.

Lelaki itu mendengus geram. Tangannya naik merayap ke atas bahu Aryana. Tali nipis yang ada diatas bahu gadis itu diturunkan.

Dia betul-betul ingin melakukan apa yang dia ugut.

Otak Aryana seperti baru dapat berfikir. Satu idea terlintas di dalam kepalanya.

Kakinya yang tersarung high heels ankle boots segera memijak kaki pemabuk itu. Pegangan lelaki itu terlepas.

Cepat-cepat Aryana melarikan diri. Tanpa dia sedari, ada sebiji botol kaca yang meluru ke arahnya.

Badannya terasa dipeluk dan mereka terjatuh ke atas tanah. Botol kaca itu berderai berhampirannya.

Kaca tersebut tertusuk ke dalam betisnya yang terdedah. Dia mengerang kesakitan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now