SC-33

355 20 21
                                    

Sarah berlari anak menuju ke dormitory-nya. Pintu kayu itu dibuka tanpa diketuk.

Dia menjejakkan kaki ke dalam dengan nafas yang tercungap-cungap. Jaket rasmi Archery Department yang tersarung di badannya, segera ditanggalkan.

Ikatan rambutnya yang persis ekor kuda itu juga dilepaskan kerana ikatannya telah serabai.

"Kau dah kenapa?" Soal Erilynn yang baru keluar dari kawasan menggosok baju yang terletak di sebelah pantri.

Dia ada date pada esok hari. Itu yang rajin nak menggosok baju. Selama ni, main hentam je pakai mana-mana baju yang dia simpan dalam almari. Berkedut ke tidak, dia buat tak endah je.

Aryana turut sama keluar dari situ bersama sebatang lolipop ditangannya. Sebelah tangannya menongkat tangan yang memegang lolipop dan dia menyandarkan badan pada dinding.

"Tengok ni." Smartphone-nya dihalakan ke depan. Menunjukkan satu gambar yang baru diambilnya tadi.

Aryana dan Erilynn meneliti gambar itu dari jauh. Riaksi muka Erilynn jelas terkejut tapi Aryana masih tenang.

Gambar yang ditunjukkan oleh Sarah adalah gambar Noah dibelakang sebuah bangunan department, sedang menghisap vape.

Ia, vape. Benda itulah yang dia buat beberapa malam yang lepas.

Dan malam ini, dia mengulanginya lagi.

"Vape? Tak pelik pun kalau dia hisap." Ujar Aryana sambil memasukkan kembali lolipopnya ke dalam mulut.

Sarah mengjongketkan bahunya. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Aryana.

"Tapi, obvious kot dia hisap vape. Tak kena tangkap ke?" Sarah menyoal. Iyalah, bila berada dalam kawasan universiti ni, memang ada larangan menghisap rokok atau vape.

Jika tertangkap, pasti akan dibuang dari universiti. Peraturan yang ketat.

"Dia dah kena tangkap dengan pensyarah tahun lepas. Dah buat report dekat dekan tapi kau faham-fahamlah dia tu kan atlet. Bukan mudah untuk pihak universiti buang dia. Remember, when someone is an athlete, they will have their own specialty." Balas Sierra yang baru sahaja keluar dari bilik air.

Baju pajamas tersarung dibadannya yang ramping. Cantik terletak.

Aryana mengangguk dengan balasan yang keluar dari mulut Sierra. Dia setuju, 100 peratus.

Dapat sahaja title atlet, pernah mengharumkan nama universiti, jangan haraplah pihak universiti akan buang mereka macam tu je.

Mereka mencemarkan nama universiti pun terpaksa fikir balik yang mereka juga pernah mengharumkan nama universiti. Paling parah sekali bila mereka itu berasal dari keluarga yang berpengaruh.

Pasti sepastinya takkan pernah rasa kena buang atau kena marah. Lihatlah dunia kini yang tidak adil. Ada kekayaan, harta dan pangkat, mesti akan ada keistimewaan.

Bila tiada semua benda itu, tiada juga keistimewaan mereka. Betul-betul tak adil.

"We have an example here." Tangan kiri Erilynn didepakan, menunjukkan ke arah Aryana.

Aryana menjeling. Sesuka hati je jadikan dia sebagai contoh. Sudahlah contoh yang tak baik.

"Tapi title athlete dia dah hilang sebab dia tukar bidang." Sarah mengutarakan pandangannya.

Aryana tergelak sinis. "Tak apa hilang title athlete tu. Nanti aku cuba yang terbaik untuk jadi atlet memanah pula." Sebelah matanya dikenyitkan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now