SC-43

340 18 12
                                    

Cuti semester bagi pelajar Orion Sports University telah pun tamat dan kini pelajar Orion akan mula belajar dan berlatih semula seperti biasa.

Sarah dan Sierra berjalan beriringan melepasi bangunan Albert Einstein. Dari jauh, mereka terlihat ramai pelajar yang berkerumun disebuah papan kenyataan.

"Kau rasa kenapa." Sarah menyoal sambil memerhatikan para pelajar yang masih lagi berkerumun itu.

"Aku rasa exam result kita dah keluar. Jom tengok." Ajak Sierra. Tangannya menangkap lengan Sarah dan mengheret gadis itu mendekati papan kenyataan.

Sampai sahaja mereka disana, semua orang bagai tidak mahu beralih. Masing-masing tidak menyedari kehadiran dua orang gadis itu.

Sarah mencebikkan bibirnya. Buat apalah tengok keputusan lama-lama. Bukannya hadiah akan keluar dari kertas tu pun.

"Excuse me." Pinta seseorang. Suaranya sangat familiar ditelinga Sarah dan Sierra.

Mendengar sahaja arahan seseorang itu, semua pelajar yang berkerumun terus memberikan laluan. Tak banyak bunyi.

Dengan damai dia pergi ke depan dan mencari namanya yang semestinya ada dalam senarai nama pelajar yang ambil Psychology Course.

15- Aryana Rosè Henderson 3.78

Namanya dipandang tanpa perasaan. Dia dapat nombor 15 tu tak adalah mengejutkan sangat. Dia mengaku, dia tak pernah mengulang kaji, jarang masuk kelas dan selalu mencari fasal dengan cikgu tapi dia ada satu keistimewaan yang jarang orang ada.

Keistimewaannya adalah dia bijak dan dia senang untuk menghafal sesuatu benda. Sebab itu keputusannya tak adalah rendah sangat macam budak tak belajar.

Dia mencari pula nama lagi empat rakannya dalam bidang masing-masing.

7- Luke Alexander 3.92

12- Sarah William Mandes 3.83

10- Sierra Clelia Emersyn 3.87

16- Erilynn Evans 3.75

Habis sahaja kesemua nama rakannya ditilik, dia berlalu dari situ.

"Ary!" Panggil Sarah. Terhenti kakinya daripada terus melangkah.

"What?"

"Ada tengok yang kitorang?" Sierra menyoal. Dalam matanya ada sinar seperti dia betul-betul ingin tahu tapi tangannya pula menggigil ketakutan.

"Ada."

"Berapa kitorang dapat?"

Aryana diam seketika. Dia kemudiannya mengukir senyuman nipis. "Sierra nombor 10, Sarah nombor 12. CGPA masing-masing 3.87 dan 3.83. Congrats." Balas gadis itu. Ucapan tahniah turut disertakan.

"Yeay!" Serentak Sierra dan Sarah bersorak. Mereka membuat high-five bagi meraikan kejayaan masing-masing.

"Aku?" Erilynn menyelit.

"Nombor 16, CGPA 3.75. Congrats!" Ringkas sahaja dia membalas.

"Uwuu... nombor 16. Aku ingat dapat top 50 dah. Soalan dalam kertas exam tu susah nak mampus." Rengek Erilynn.

Aryana memberi senyuman kecil sebagai balasan. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, gadis itu berlalu dari situ menuju ke bilik muzik.

Hari ni ada perjumpaan kelab. Surprisingly.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now