SC-40

355 22 27
                                    

Seminggu telah berlalu sejak Aryana dan Noah bergaduh besar. Sejak itu, mereka tidak lagi bersemuka, tidak lagi bertegur sapa dan Noah pun tidak lagi mengganggu Aryana.

Bagus, Aryana rasa hidupnya telah aman tanpa gangguan syaitan seperti lelaki itu. Tapi entah kenapa dia rasa kosong. Dia rasa seperti ada benda yang tak kena.

Sejak peristiwa busur memanahnya telah dipatahkan, dia tak ada minat untuk berlatih. Semangatnya rasa terkubur. Rasa telah ditanam 7 kaki ke dalam tanah pun ada.

Dia pun terfikir kenapa dia cepat sangat menyerah kalah. Sedangkan dia ambil Psychology Course yang terang lagi bersuluh sepatutnya memberi inspirasi kepada diri dan masyarakat sekitar.

Satu keluhan dilepaskan oleh gadis itu. Kepalanya didongakkan memandang langit yang membiru serta beberapa kepulan awan yang cantik terbentuk. Udara segar disekeliling taman itu dihirupnya.

Dia rasa tenang sendikit.

Smartphone-nya berdering. Malas-malas dia menggesek ikon ke kanan dan menjawab panggilan itu.

"Weh, kau dekat mana? Coach cari kau. Dah seminggu lebih kau tak sertai latihan." Cemas suara Sarah dihujung talian.

Aryana mengeluh berat sekali lagi. "Busur aku kan patah. Aku hilang mood nak teruskan latihan. Tunggu aku beli barulah." Berat rasanya dia ingin memberi alasan.

"Busur yang universiti sediakan ada. Pinjam je lah. Cepat Ary, coach nak pergi cari kau ni." Suara Sarah tersekat-sekat. Macam berdebar sangat.

"Whatever. Bye." Aryana mematikan panggilan. Dia menyimpan perantinya itu ke dalam poket seluarnya.

Bila Sarah kata coach nak pergi cari dia, dia sumpah rasa terkejut juga. Kerana dia rasa dia masih tidak mampu untuk meneruskan latihan, dia terus berlari ke belakang bangunan Cygnus Dormitory.

Aryana tercungap-cungap mengambil nafas tatkala sebentar tadi dia lupa untuk perlahankan lariannya. Dia duduk mencangkung di belakang bangunan itu.

Kawasan sekeliling diperhatikan. Dia tak pernah lagi masuk kawasan belakang ni.

Belakang bangunan itu sangat cantik dengan pelbagai jenis tanaman yang ditanam. Tak seperti belakang bangunan dormitory yang lain.

Ada pula sebaris pagar dinding yang agak tinggi. Dinding itu dicat dengan warna yang sama seperti universitinya. Gadis itu bangun dan mendekati pagar itu.

Tangannya dilarikan pada dinding. Tanpa sengaja, dia terlanggar sesuatu yang terasa seperti tombol pintu. Tanpa berfikir dua kali, dia terus membuka 'pintu' tersebut.

Disebalik pintu itu terdapat satu kawasan tanah lapang yang indah menghijau. Ada sepohon dua pokok besar yang tumbuh di situ dan selebihnya adalah tanah berumput.

Dia memasuki kawasan itu. Pintu ditutup agar tiada siapa yang mengekorinya. Matanya menangkap sebuah hutan yang menghijau jauh beberapa meter dari kawasan lapang tadi.

Dia berjalan ke dalam hutan. Segala jenis flora dan fauna dia perhatikan disegenap sudut hutan. Hutan itu tak adalah bersimpang siur, kotor dan akar pokok yang besar-besar. Entah kenapa hutan itu nampak kosong. Hanya ada pokok yang besar dan tanah yang lapang.

Beberapa minit dia berjalan, kini dia berada di bahagian tengah hutan. Tanpa segan, dia terus merebahkan diri ke atas rumput. Pancaran matahari betul-betul tepat menusuk ke dalam matanya. Matanya disepetkan buat beberapa kali. Silau. Tapak tangannya diangkat untuk halang cahaya matahari itu daripada terus masuk ke dalam matanya.

Dari jauh, dia terdengar sayup-sayup bunyi derapan kaki seseorang. Segera dia bangun dari baringnya dan memerhatikan sekeliling. Dia terlihat ada figura seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berserta seluar jeans berwarna hitam. Dikepalanya terletak elok satu topi Nike berwarna hitam.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now