SC-50

357 22 3
                                    

"See you tomorrow!" Aryana melambai tangannya dengan penuh mesra ke arah Noah. Satu senyuman lebar terukir di bibir gadis itu.

Noah membalas senyuman Aryana. Dia turut sama melambai ke arah gadis tersebut. Kemudian, mereka berdua mengubah haluan dan pulang ke dormitory masing-masing.

Aryana meletakkan kad akses dormitory-nya pada pengimbas dan benda alah itu mengimbas kad yang dipegang Aryana. Pintu lif terbuka dan gadis itu memboloskan diri ke dalam lif.

Tingkat 2 ditekan dan dia menunggu lif itu untuk sampai ke tingkatnya. Sampai sahaja di lorong dormitory tingkat 2, dia berjalan sepantas mungkin dan merempuh masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.

"I'm back!" Laungnya penuh bahagia. Tangannya didepakan seluas yang mungkin, macam baru bebas dari penjara pun ada gayanya.

"Okay then? Kau bukannya balik dari mana-mana pun." Penuh sarkastik dan sinis Sarah berkata.

Mendengar perkataan yang keluar daripada mulut gadis berumur 18 tahun itu, Aryana memberinya satu jelingan yang tajam. Matanya dijengkelkan tanda menyampah dan menyuruh gadis itu untuk mendiamkan diri.

Namun, mengalah bukanlah perangai Sarah. Tanpa berfikir panjang, dia menjeling Aryana semula. Hujung bibirnya ternaik sedikit, seperti mencabar Aryana untuk melawan.

Aryana mencebikkan bibirnya dan terus mencampakkan beg sandang serta beg busurnya ke atas katil. Tak ada masa untuk gaduh, perangai macam budak-budak.

"Anyways, mana Erilynn dan Sierra?"Aryana mengubah topik. Dia pandang sekeliling untuk mencari kelibat dua orang manusia tersebut.

"Sierra pergi dating dengan Blaze pada waktu-waktu macam ni. Erilynn pula. Oh shi- budak tu dari tadi lagi berkurung dalam bilik air." Tersedar dengan ayat yang dia sebut, Sarah separa menjerit ketika dia mencarut.

"What the fuck? Macam mana kau tak sedar? Asal dia berkurung?" Aryana juga menjadi separa menjerit. Tak tahulah kenapa tapi aura menjerit Sarah tu terlalu kuat sampaikan dia berjangkit sekali.

Kuat betul penangan sahabatnya yang seorang itu..

Sarah menggeleng kepala bagi menjawab soalan terakhir Aryana. Dia berjalan mendekati pintu tandas, perlahan-lahan mengetuk pintu tersebut.

"Hye, are you okay, Erilynn?" Penuh lembut Sarah menyoal. Dia menekap telinganya pada pintu tandas tersebut untuk memudahkan dia mendengar dan berkomunikasi dengan gadis dalam bilik air itu.

Telinga Sarah dapat menangkat bunyi tangisan dan sedu-sedan yang keluar dari mulut Erilynn. Hatinya diselubungi dengan rasa risau dan kasihan.

"I-I'm o-okay. D-don't wo-worry about me." Dengan tersedu-sedan dia membalas. Esak tangisnya masih lagi dapat kedengaran.

"You aren't okay. Hey, come out, tell us what's wrong and what's going on. We're here to lend our ears for you." Aryana pula yang mengambil alih untuk memujuk.

Erilynn diam mendengar pujukan mereka. Selama dia berkawan dahulu, tak pernah ada yang risaukan dia. Jujur dia cakap, ini kali pertama dia rasa dirinya penting kepada orang lain.

Perlahan-lahan tangannya naik untuk membuka pili air yang terdapat di singki. Air yang mengalir keluar dari pili air itu membasahi tangannya.

Dia membasuh mukanya buat beberapa kali sebelum membuat keputusan untuk membuka pintu bilik air.

Tapak kakinya menapak keluar dari tempat tersebut. Dia sedaya upaya mengulas sebuah senyuman supaya rakan-rakannya tidak merisaukan fasal dirinya.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now