SC-13

373 24 0
                                    

"Are you sure you want to go downstairs with this kind of outfit?" Terkejut Sarah menyoal saat melihat Aryana yang dah bersiap-siap untuk turun ke bawah.

Katanya nak turun ke Phoenix Dormitory. Tak tahulah pula nak buat apa.

Aryana menilik pakaiannya sekilas lalu. Sehelai oversized hoodie dan black shorts underneath tersarung di badannya. Tak ada yang pelik. Ni memang pakaian tidurnya.

"Relax. Dress code only valid in Academic Hours. Sekarang dah malam." Katanya bersahaja.

Dress Code adalah peraturan pemakaian yang ada di universiti tersebut. Hanya sesetengah universiti sahaja yang membuat peraturan dress code. Tak berapa penting tapi disebabkan mereka universiti elit dan juga sebuah universiti sukan, lebih baik buat dress code.

Pelajar terikat dengan peraturan dress code hanya ketika waktu akademik dan selepas waktu akademik iaitu selepas pukul 3 petang, pelajar dibenarkan memakai mengikut suka hati mereka. Dah tak ada markah merit yang ditolak ketika itu.

"Kau nak buat apa pergi sana?" Soal Erilynn pula. Hairan kenapa Aryana nak sangat pergi sana. Sudahlah dekat dormitory tu ada Noah.

Takkanlah si Aryana tu sengaja nak pergi jumpa Noah. Macam tak logiklah pula.

"Swimming competition aku kan dah mula esok. Aku kena keluar awal pagi lagi. Tak sempatlah nak jumpa abang aku." Balasnya.

Gitar yang disandarkan pada dinding, diambil dan dibawa keluar bersama.

Erilynn memandang ke arah Sarah saat Aryana keluar bersama gitar.

"Dia nak buat apa dengan gitar tu?" Soal Erilynn.

"Bagi gitar tu dekat Noahlah. Dia nak ganti." Jawab Sarah macam tahu-tahu apa yang difikirkan oleh Aryana.

"Berani."

........

Badan disandarkan pada dinding, menghadapan lif Phoenix Dormitory. Dia dah berjanji dengan abangnya untuk berjumpa di situ. Tak perlu nak jauh sangat. Setakat nak jumpa kejap je tak apa.

Seketika kemudian, dia terdengar bunyi pintu lif dibuka. Kepalanya diangkat memandang gerangan yang keluar dari lif.

Satu senyuman diukirnya. "Hai!" Sapanya mesra bersama lambaian kecil.

Ayden membalas lambaian Aryana. Dia mendekati adik perempuannya yang seorang itu.

"Are you ready for your competition?" Soal Ayden seperti memberi semangat.

Pantas Aryana mengangguk. "Ofcourse!" Sahutnya bersemangat.

Ayden mengeluarkan buku limanya. Begitu juga dengan Aryana. Buku lima mereka dilagakan.

Fist bump!

"Good luck, Ary!" Ucap seseorang dari belakang badan Ayden.

"Thank you, Elijah." Balas Aryana. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Elijah Stewart, salah seorang rakan karib Ayden.

"Eh, mana Dean?" Soal Aryana bila dia perasan kelibat lelaki bernama Dean Hawkins tak ada bersama dengan abangnya.

Dean juga salah seorang rakan baik Ayden. Kiranya rakan karib Ayden ada 2 oranglah yang juga merupakan teman sebiliknya.

Pergi mana-mana, mesti berkepit tiga orang tu.

"Dean ada pertandingan Fencing. Pagi tadi baru dia pergi. Luke tak inform Ary ke?" Beritahu Ayden. Setahunya Luke juga seorang atlet Fencing dan juga merupakan rakan sepasukan Dean.

Second Chance [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin