SC-22

382 22 10
                                    

Erilynn mengambil tempat duduknya di bahagian belakang studio. Suruh dia duduk depan? Memang tidaklah kerana dia tak suka cikgu aim dirinya.

Buat masalah nak kena jawab bagai.

Subjek harini adalah Sulpture. Bagus, subjek yang agak membebankan. Dan banyak projek berkumpulan. Dia berharap sangat, harini tak ada projek berkumpulan.

Haritu dah kena buat lukisan 3 Dimensi. Kena cari partner. Nasib sahajalah ada seorang gadis ni dia memang tak ada pasangan, jadi mereka berdua berkumpulan.

"Good morning class. As I already informed you, today's class will be a bit more fun and enjoyable." Bersemangat  pensyarah yang bergelar doktor itu memulakan mukkadimahnya.

Beberapa orang pelajar bersorak riang. Erilynn Evans pula buat endah tidak endah. Dah kenapa nak beria sangat, kan?

Tengok-tengok cakap je enjoyable rupanya banyak kerja yang kena buat.

"First of all, find your partner for your new project. If you want to stay with your previous partner, it's alright. I'll give you 3 minutes only to find your partner. Faster!" Arah pensyarah itu.

Kan dah cakap. Projek lagi. Partner lagi.

Erilynn meliar matanya mencari partner-nya minggu lepas. Cari punya cari tapi dia tak jumpa juga.

Entah pergi mana pula gadis seorang itu. Dia mendengus geram bila jam tangannya dah hampir berginjak ke pukul 10.45 pagi bermakna 2 minit telah berlalu dan dia hanya tinggal seminit sahaja lagi untuk mencari pasangan.

Sudahlah dia tak suka bergaul dengan orang lain. Masalah besar betul.

"Time's up. Hold your partner's hand and raise them up." Hampir semua orang telah mempunyai pasangan.

Erilynn sahaja yang tidak mengangkat tangan. Dah dia tiada partner.

"Miss Evans, where's your partner?" Soal pensyarah itu lembut. Tak perlu nak marah-marah pun. Biasalah orang yang tak berapa bergaul ni tak ada pasangan. Lagipun dia pelajar baru jadi rileks sudahlah.

"I couldn't find one, doctor." Erilynn menjawab dalam nada agak gerun. Bimbang pensyarah yang ada sijil PhD itu meninggikan suaranya kerana dia nampak tak bersemangat nak belajar.

"Anybody who can't find your partner, please raise your hand." Erilynn berdoa dalam hati supaya tak ada seorang pun yang angkat tangan.

Dia tak suka kerja berkumpulan. Dia malas nak jumpa setiap masa. Dia bukanlah suka bersosial.

Sangkaannya hampeh bila dia nampak seorang pelajar lelaki yang duduk di baris hadapannya, hujung belah kiri mengangkat tangan.

Dia kenal tangan tu, dia kenal raut wajah itu. Helen Oakwoods. Pernah sekali je bercakap dan sehari itu sahaja mereka bercakap.

Dikatakan dia agak pendiam dan tidak bergaul. Duduk dalam dormitory pun seorang diri. Tapi dia kenalan rapat Sierra Clelia Emersyn.

Tu berkira bergaul ke tak bergaul tu?

Entahlah. Tak pasti.

"Good. Miss Evans please move and sit next to Helen Oakwoods. I bet both of you have known each other, right?" Erilynn pasrah. Bukunya yang bersepah diatas meja dikemas dan disimpan ke dalam beg sandangnya.

Kakinya melangkah mendekati meja Helen. Lelaki itu buat-buat tak tahu sahaja. Mungkin mereka pernah bercakap tapi dia bukanlah seorang yang mesra.

Orang tegur terlebih dahulu, baru dia tegur kembali. Erilynn juga tidak berkata apa. Dua-dua macam patung cendana. Fokus pada apa yang pensyarah terangkan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now