HS-31

365 24 21
                                    

Saat yang paling dinantikan hampir semua pelajar Orion akan bermula beberapa minit lagi.

Persembahan berkumpulan. Noah, Asher dan Ethan. Trio paling terkenal dan paling berbakat. Sebut sahaja nama mereka, beratus pelajar perempuan menjerit kegirangan. Atau senang cerita kegilaan.

Bergegar satu universiti dengan jeritan pelajar-pelajar perempuan tersebut.

"Ladies and gentlemen, please welcome our favourite trio, Noah, Asher and Ethan." Umum pengacara itu penuh bersemangat.

Seperti yang telah dinyatakan diatas, beratus pelajar perempuan menjerit sekuat yang mampu.

Aryana, Sierra, Erilynn dan Sarah menutup telinga mereka rapat. Boleh berdarah telinga dengar jeritan mereka.

Macamlah trio tu layan sangat jeritan tersebut.

"Hye audiens!" Mesra Asher menyapa. Satu kenyitan mata dihadiahkan pada para gadis. Makin kuat jeritan mereka.

Tipikal playboy.

"How are you? So for today's perfomance, we would like to sing a pretty sad song. Hope that all of you will like it."  Sambungnya lagi.

Gitar mula dipetik menghasilkan satu melodi. Asher memulakan nyanyian.

Loving and fighting
Accusing, denying
I can't imagine a world with you gone
The joy and the chaos, the demons we're made of
I'd be so lost if you left me alone

Noah menyambung dengan suara seraknya. Beberapa pelajar terkedu dengan suara Noah. Terlalu serak.

You locked yourself in the bathroom
Lying on the floor when I break through
I pull you in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming "Please don't leave me"

Noah dan Asher menyanyi pada bahagian chorus dengan serentak.

Hubungan mereka masih lagi renggang tapi atas paksaan Ethan, mereka menyanyi bersama jua.

Hold on, I still want you
Come back, I still need you
Let me take your hand, I'll make it right
I swear to love you all my life
Hold on, I still need you

A long endless highway, you're silent beside me
Drivin' a nightmare I can't escape from
Helplessly praying, the light isn't fadin'
Hiding the shock and the chill in my bones

Giliran Noah kembali.

They took you away on a table
I pace back and forth as you lay still
They pull you-

Nyanyiannya terhenti. Suaranya tidak lagi keluar. Terdiam seisi pelajar. Noah telah kehilangan suara.

Ketukan papan kekunci keyboard juga dihenti oleh Ethan. Dia turut sama terkejut.

Aryana diam memerhati sama seperti para pelajar yang lain. Berita fasal pergaduhan antara Noah dan Asher sudah tersebar luas.

-in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming, "Please don't leave me"

Dengan selamba Asher menyambung. Matanya langsung tak pandang pada Noah. Mukanya tak ada perasaan.

Entah mengapa, terukir satu senyuman nipis di bibir Aryana. Walaupun dua orang lelaki itu bergaduh, masih kuat persahabatan mereka. Masih lagi membantu.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now