SC-47

332 28 10
                                    

Jam smartphone-nya ditilik buat kali yang ketiga pada malam itu. Sekarang sudah masuk pukul 9.00 malam dan kelibat Aryana masih tidak kelihatan.

Pintu dormitory keempat orang sahabat termasuk Aryana itu tiba-tiba terbuka dari luar. Tersembul wajah Elora dan Jasmine. Mereka berdua dipanggil oleh Sierra sebentar tadi.

"Korang berdua ada nampak Aryana tak?" Sierra menyoal. Dalam nada suaranya terselit sedikit kerisauan.

"Sorry, kitorang tak nampak langsung dia harini." Balas Elora mewakili dia dan Jasmine yang berada disisinya.

"Dekat Swimming Department pun tak ada." Tambah Jasmine Green.

"Tak tanya abang dia ke?" Sambung gadis itu.

Sierra, Sarah dan Erilynn mengangguk. "Tapi dia tak tahu. Nak call budak tu pun, dia tinggal phone dalam beg sandang dia. Beg sandang dia ada dengan abangnya sekarang." Jawab Erilynn.

Elora melepaskan nafas berat. Dia harap dia boleh tolong tapi dia tak dapat tolong. "Dah call Luke?" Dia mencuba nasib.

Sekali lagi tiga orang gadis yang ada dalam bilik itu mengangguk. "Dah, tapi Luke tak ada dekat Uni buat sementara ni. Dia ada hal." Jawab Sarah pula.

"Siapa lagi eh yang rapat dengan Ary?" Elora membawa jemarinya ke bawah dagu. Dia mengusap dagunya perlahan-lahan sambil berfikir.

Tiba-tiba, Jasmine memetik jarinya sekuat yang mungkin, mengalihkan perhatian semua orang yang berfikir. "Dah call Noah? Aku rasa, dia tahu Ary dekat mana." Dengan yakin Jasmine berkata.

Ketiga-tiga sahabat karib Aryana menggelengkan kepalanya. "Kitorang tak ada nombor dia." Balas Sierra mewakili yang lain.

"Pm Ayden and then minta nombor Noah." Ujar Jasmine. Segera Sierra mengeluarkan smartphone-nya dan membuka aplikasi WhatsApp.

Bunyi ketukan papan kekunci kuat memenuhi ruangan bilik yang kian sunyi kerana mereka semua menunggu jawapan.

Tak sampai beberapa saat, Ayden telah pun menghantar nombor kontak Noah. Tak berfikir panjang, Sierra terus menekan butang call dan taliannya mula mencari sambungan.

Beberapa kali deringan berbunyi dan talian mereka pun bersambung.

"Who's there?" Noah menyapa terlebih dahulu. Suaranya tenang, tak macam selalu.

"I'm Sierra. Anyways, do you know where Aryana is right now? She hasn't come back yet. We all are worried." Sierra terus bertanyakan soalan tanpa bersimpang siur.

"Huh? She hasn't back yet? Are you kidding me? Its not even a funny joke." Noah separa menjerit dipermulaan ayat. Sempat Sierra melarikan smartphone-nya daripada melekat di telinga. Boleh pekak weh!

Suara lelaki itu juga seperti cemas dan tidak berpuas. Sekiranya waktu sekarang ni Sierra bergurau, memang dia akan buat hidup gadis itu merana. Tekadnya pada diri sendiri.

"Why should I tell you a joke at this moment? Come on bro, Aryana is gone. I don't know where she is. We've been searching and waiting for her these past 3 hours and she hasn't shown her face yet. You must be knowing where she is now. Please, help us to find her. I worried if something bad might happened to her." Laju Sierra menutur katanya.

Diakhir ayat, dia sudah separa merayu. Jika Noah masih lagi menjadi hati beku dan tidak risaukan Aryana, dia jamin 100% yang dia tidak akan membenarkan Noah rapat dengan Aryana lagi.

Jika nak rapat, kena ada sifat berkawan. Bukannya berkawan sebab nak ambil kesempatan.

Noah diam seketika. Telinga Sierra dapat menangkap lelaki itu melepaskan keluhan. "Fine, I'll find her. I think I know where she is. Thanks for informing me. I'll update to you if I found her, okay?"

Second Chance [C]Where stories live. Discover now