SC-14

379 24 7
                                    

Disclaimer : actually one of Sierra's roommate is Maeve not Mauve. I got confused with her name. Hehe...

______________________________________

Beberapa hari telah berlalu,

Sierra menarik beg bagasinya memasuki kawasan Orion Dormitories. Setelah 4 hari dia berlawan dan pergi keluar negeri, akhirnya dia pulang semula ke universiti.

Rasa seronok kerana dapat pulang semula. Kad akses dihalakan pada scanner bersebelah lif. Pintu lif terbuka dan dia memboloskan diri ke dalam.

Jaket rasmi Orion Fencing and Martial Arts Department terikat elok dipinggang ramping gadis itu. Nak pakai, panaslah pula. Sebab itu dia ikat sahaja.

Beg bagasi ditarik keluar setelah dia sampai di tingkat 3 bangunan itu. Bilik A-12 dicarinya. Seperti yang dijangka, tak ada seorang pun dalam bilik itu.

Dia menolak begnya ke tepi sebelum menghempaskan badan ke atas katil. Badannya menggeliat kecil. Penat duduk dalam kereta lama-lama masih dirasainya.

Tiba-tiba, smartphone-nya berderu-deru berdeting menandakan banyak notifikasi yang masuk. Dia segera mencapai smartphone-nya yang disimpan di dalam poket seluar jeans.

Tiga notifikasi daripada berita website universiti dan berpuluh-puluh malah beratus-ratus notifikasi daripada group coursemate, group fencing athletes dan personal messages.

Dia membuat keputusan untuk membuka berita daripada website universiti terlebih dahulu. Website itu ditubuhkan untuk menyampaikan apa-apa berita tentang pelajar Orion Sports University lebih-lebih lagi bagi pelajar yang dah bergelar atlet.

Semestinya berita tentang mereka lebih banyak kerana mereka banyak menyumbang tenaga kepada pihak universiti. Banggalah katakan.

Berita yang terpapar itu adalah berita tentang dirinya dan beberapa ahli Fencing yang lain.

Our Fencing athletes made it to National Leagues. Congrats to all of you!

Sierra proved to us all that she can do it! Congrats pretty!

Dean Hawkins and Sierra Emersyn got their second gold medal

Dia tersenyum sendiri membaca semua berita-berita tersebut.

Aplikasi WhatsApp dibuka pula. Mesej-mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya dibalas. Kebanyakkannya adalah ucapan tahniah dan selamat berjaya untuk National Leagues.

Ralit dia scroll semua mesej dari rakan-rakannya, dia terjumpa satu mesej Maeve. Jarang sekali gadis itu akan private message dengan dia. Selalunya dia akan inform apa-apa melalui WhatsApp group sahaja.

Private message itu dibuka.

                           Maeve

Sierra, nah.

📷 photo

Aku terserempak dengan diorang
tadi.

Sorry.

Sierra perhatikan gambar yang dihantar oleh Maeve.

Gambar Ray bersama seorang gadis atau lebih tepat, Bella Stenberg yang merangkap sebagai teman wanita kepada Noah Xavier.

Oh, dulu tak bagitahu eh Noah dah ada girlfriend? Sebenarnya, lelaki tu memang dah ada teman wanita tapi perangai dia saja yang macam tak ada teman wanita.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now