SC-16

380 23 5
                                    

Bola keranjang dilantunkan ke atas gelanggang secara rawak. Dia menanti rakan sepasukannya yang lain untuk memasuki gelanggang dan memulakan latihan.

Perlawanan persahabatan dengan universiti seberang akan berlangsung tak lama lagi. Sudah masuk 3 kali mereka membuat perlawanan persahabatan dan kesemua kemenangan berpihak kepada Orion Sports University kerana adanya dia, Noah Xavier.

Oh, jangan lupa juga pemain handal yang lain seperti Ayden Ryan Henderson, Asher Wilson dan Ethan Edwards.

Kali ni, masuk kali keempat mereka akan membuat perlawanan persahabatan dan mungkin kali terakhir kerana tahun depan, Noah tiada lagi dalam universiti tersebut. Hujung tahun ini dia akan graduate.

Dia bangkit dari duduknya dan berlari anak bersama bola menuju ke jaring bola keranjang. Dengan senang dia melontarkan bola itu memasuki jaring melalui jarak jauh.

Dengan taktik sebegitu, dia mampu untuk memungut tiga mata. Mata paling tinggi untuk setiap satu jaringan dan ia beruntung.

Tak semua mampu membuat penjaringan jarak jauh kerana kesukaran menganggar jarak dan kesukaran untuk melompat dengan tinggi tapi Noah boleh dikecualikan kerana dia kan galah.

Seorang demi seorang memasuki gelanggang bola keranjang. Beberapa orang rakan sepasukannya menegur dirinya namun hanya dibiarkan dibawa angin oleh Noah.

Sejak bila dia friendly, right?

Seramai 12 orang pemain telah memasuki gelanggang dengan beg sandang masing-masing.

Memang permainan bola keranjang dimain oleh 5 orang sahaja tetapi tak bermakna orang lain tak boleh masuk juga. Lagi pun, pasti ada orang sebagai reserved dan mesti Noah akan suruh satu kumpulan untuk berlawan dengan kumpulannya.

Mereka kan nak berlatih.

"Gather!" Laung Noah kepada semua pemainnya. Dia duduk ditengah-tengah gelanggang.

Seorang demi seorang mendekati lelaki itu. Masing-masing dah menyarungkan jersey bola keranjang mereka.

Mereka membuat satu bulatan besar ditengah gelanggang. Noah memandang satu persatu pemainnya. Rasa macam tak cukup lagi 2 orang.

Sepatutnya ada dalam gelanggang ni 15 orang, tolak dia sorang jadi 14 orang. Lagi 2 orang entah hilang ke mana.

"Where is Ayden and Ethan?" Soal Noah serius. Mereka dah janji akan buat latihan petang itu tapi kelibat seorang lagi teman sebiliknya dan seorang lagi rakan sepasukannya entah hilang ke mana.

Dia tak mahu claim Ayden sebagai rakannya kerana dia tak rasa mereka berdua pernah berbaik. Setakat seminggu sekali je bercakap itu tak kira sebagai rakan.

"Ethan cakap dia on the way. Ayden aku tak tahu." Maklum Asher.

Noah mengangguk sahaja.

"Sorry, I'm late." Seseorang menyelit di dalam lingkungan mereka. Kelibat Ethan Edwards kelihatan jua.

Tinggal seorang lagi manusia, Ayden Ryan Henderson. Buat apa pun mereka tak tahu.

"Just ignore about Ayden. I'll talk with him later." Noah mulai fokus pada semua pemain yang ada.

"Okay, you all have known already that a friendly match is coming around the corner, right? I want all of you to train hard and keep our reputation as number 1 basketball team." Tuturnya memberi nasihat kepada rakan sepasukan.

Dia mungkin seorang pembuli tapi dia juga seorang kapten yang baik menjaga para pemainnya.

"For today's training, Alpha Team will have a friendly match with Beta Team. Get ready."

Second Chance [C]Where stories live. Discover now