SC-15

362 23 5
                                    

Gitar yang disandarkan di dinding bersebelahan katilnya diambil. Jemarinya memetik gitar itu beberapa kali untuk menghasilkan bunyi yang menarik.

Lama kelamaan, jemarinya rancak memetik gitar sehingga mengalunkan melodi yang sedap didengari.

Erilynn masuk ke dalam bilik saat telinganya terdengar bunyi orang bermain gitar.

Pintu bilik dikunci sebelum dia duduk bersila diatas katil, menghadap Sarah yang ralit dengan gitar.

"Mana dapat gitar tu?" Soalnya. Tak ingatlah pula sejak bila Sarah ada beli atau bawa gitar.

"Ary bagi." Balas Sarah tapi tangannya masih ligat memetik gitar.

"Eh, bukan tu gitar nak bagi dekat Noah ke?" Soalnya lagi.

Sarah berhenti memetik gitar. Dia meletakkan gitar di tepi. "Macam ni cerita dia..."

Flashback...

Aryana masuk ke dalam bilik dengan muka kegeraman. Gitar yang dipegang dengan menggunakan sebelah tangannya digenggam erat.

Dia terlihat Erilynn yang dah lena si buai mimpi. Hanya Sarah yang masih terjaga.

"Kau dah kenapa?" Sarah menyoal tatkala melihat muka kegeraman Aryana. Rasanya kalau cari fasal dengan dia sikit lagi, mahu meletus gunung berapi tu.

"Si galah tak guna tu mentah-mentah je tolak gitar aku!" Geram dia berkata. Hampir ternaik suaranya tapi dia perlahankan juga bila Sarah meletakkan jari telunjuk di bibir tanda suruh perlahankan sikit suara kerana Erilynn sudah diulit mimpi.

"Dah kenapa pula?" Sarah masih lagi menyoal.

"Manalah aku tahu. Sudahlah aku beli pakai duit aku. Bukan duit dia. Eyy tak guna betul manusia sekor tu!" Gitar yang berada dalam genggaman diangkat tinggi, mahu menghentak gitar itu ke atas lantai.

Dah orang tu tak nak terima, baik patahkan je gitar tu. Nak bagi dekat orang lain memang bukan dialah.

"NO!" Terpekik Sarah saat gitar itu hanya beberapa inci sahaja lagi akan mencecah lantai.

Terhenti pergerakan Aryana. Dia pandang wajah Sarah dengan muka tak dapat faham dengan tindakan gadis itu.

"Jangan patahkan. Membazirlah."

"Dah tu nak bagi siapa? Aku dah ada gitar sendiri dekat rumah." Balasnya.

"Bagi akulah." Jawab Sarah. Berkerut dahi Aryana.

Gitar itu dihalakan ke depan. "Kau pandai main gitar?"

Segera Sarah mengangguk. "Bolehlah sikit-sikit. Tak adalah pro macam Noah tu."

"Kau mention nama Noah lagi, aku hempas gitar ni betul-betul." Ugut Aryana. Naik rimas pendengarannya mendengar nama Noah tu.

Sudahlah berlagak. Sombong pula tu! Hah, benda 2×5 pun Aryana tak kesah dah sekarang ni. Dia terlalu geram.

Kedua tapak tangan Sarah ditalakan ke depan. "Okay, okay. Aku tak sebut dah. Bagi akulah." Pintanya.

Aryana menghulurkan gitar itu pada Sarah dengan rela. "Ambillah. Jaga elok-elok."

"Tadi provok nak hempas gitar ni. Sayang pula dah?" Sempat Sarah menyindir Aryana.

Aryana menjeling Sarah dari ekor matanya. Cakap lagi, memang dia buat.

End Flashback...

"The end..." Ujar Sarah bila ceritanya sudah habis.

Terangguk-angguk kepala Erilynn memahami cerita tersebut. Macam burung belatuk pun ada.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now