SC-42

375 22 25
                                    

Special Chapter
______________________________________

Pintu resort sebesar alam itu dibuka seluas yang mampu. Masing-masing terpegun dengan dekorasi resort itu. Bermula dari reka bentuk kepada hiasan-hiasan dalaman yang diletakkan. Sungguh nampak kontemporari dan moden.

"Siapa decide nak beli resort ni?" Aryana bersuara sambil matanya ralit memandang sekeliling.

"Sierra. Dia yang sibuk survey semua benda." Erilynn membalas pertanyaan Aryana. Sierra disisi hanya mampu tersengih.

"Resort ni ada 2 bilik. Satu bilik katil bersaiz king dan satu bilik ada dua katil bersaiz queen. Pilihlah siapa nak tidur sekatil. Ada kolam peribadi dekat depan tu. Nak terjun terus ke dalam laut pun boleh." Terang Sarah sambil menatap segala informasi yang ada dalam smartphone-nya. Rajin.

"Rock, paper, scissor. Dua pemenang boleh katil asing, yang kalah kongsi katil." Ujar Aryana sambil tersenyum sinis. Dia bagai dapat rasakan bahawa dia akan menang nanti.

Erilynn menjongketkan bahunya. Tak kesah mana-mana pun.

"Rock, paper, scissors!" Serentak keempat gadis itu menyebut.

Sarah mengeluarkan gunting manakala selebihnya mengeluarkan kertas. Bersorak riang gadis itu apabila dia dapat katil berseorangan.

Permainan dimulakan semula. "Rock, paper, scissor!" Dan kalini ini kemenangan berpihak pada Erilynn dengan mengeluarkan batu manakala lagi dia orang gadis itu mengeluarkan gunting.

Mulut Aryana melopong kecil. Mati-mati dia ingat, dia akan menang. Gunting yang dia dikeluarkan diperhati. "Eyyy.. tak bernasib baik betul." Bebelnya seorang diri. Sempat dia hadiahkan jelingan maut pada Sarah yang mengejek.

"Move. Nanti jumpa dekat ruang tamu  for dinner." Arah Sarah bersama senyuman yang masih lagi mengejek.

Dengan malas Aryana menarik bagasinya begitu juga dengan Sierra.

"Chill, biarlah diorang dapat bilik tu. At least bilik kita dekat dengan kolam." Sierra menenangkan hati Aryana yang kian membara.

Mendengar sahaja perkataan kolam, terus terasa hatinya disimbah dengan air sejuk. Reda terus kemarahannya.

Kini, senyuman pula yang dia ukir. "Good then. Boleh aku mandi hari-hari." Dia melompat kecil dan menepuk tangannya gembira.

Sierra menggelengkan kepalanya. Perangai tak ubah macam budak berumur 6 tahun. Suka sangat dengan kolam dia tu.

Birai katil bersaiz king itu diduduki oleh Sierra. Cermin mata hitam yang diletakkan diatas kepalanya segera ditanggalkan dan disimpan ke dalam beg tangannya. Feminin gituww...

"So, what is our schedule for tomorrow?" Aryana menyoal sambil mengheret beg bagasinya dan disandarkan pada dinding.

"Snorkelling. That's the only thing I remember."

Aryana mengangguk. "Bila scuba diving?"

"The day after tomorrow. Sarah awal-awal tak nak sertai sebab dia malas." Jawab Sierra bersama sengihan. Satu keuntungan bila ada yang tak nak ikut ni kerana tak perlu bayar lebih-lebih untuk orang lain.

Lagipun mereka dah berjanji semalam, Sierra akan belanja untuk Scuba Diving, Erilynn akan bayar segala makan minum, Aryana akan bayar untuk snorkelling dan Sarah tiada benda tambahan kerana dia dah belanja banyak gila duitnya untuk percutian ni.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now