SC-17

374 21 2
                                    

Topi hitam kegemarannya yang ada diatas kepala, diturunkan sedikit supaya menutupi wajahnya.

Dia memegang sebelah tali beg sandang Nike yang sentiasa dibawa bersamanya. Bilik muzik itu dimasuki. Hari ini merupakan hari kedua untuk perjumpaan kelab.

Hanya aktiviti kelab sahaja yang terdapat di universiti tersebut kerana ramai pelajar yang sibuk dengan latihan. Tak ada masa nak buat aktiviti kokurikulum badan beruniform.

Seperti biasa, Aryana mengambil tempat di bahagian belakang sekali. Novel yang disimpan di dalam begnya dikeluarkan.

Dia tak mahu melihat dan mendengar apa yang orang bisik tentang dirinya. Ya, dia kalah dalam pertandingan renang tempoh hari. Dia hanya dapat membawa pulang satu pingat iaitu pingat gangsa dan yang lain masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Agak terkilan dengan prestasi diri sendiri tapi dia tak mahu tunjuk dia lemah. Mungkin dia rasa mahu menangis tapi bukan dialah kalau membazir air mata sebab kekalahan diri sendiri.

"Hye, Ary." Sapa Luke sambil mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Aryana hanya mengangguk sebagai balasan. Dia masih fokus pada novelnya yang ada di depan mata.

Luke memandang wajah Aryana dan buku novel itu silih berganti. "Sejak bila kau baca novel?" Soal Luke seperti ingin memulakan perbualan antara mereka.

Aryana berpaling seketika pada raut wajah Luke. Matanya dikelipkan berkali-kali sebelum membaca novel itu semula.

"Sejak dulu." Dua patah sahaja dia menjawab. Tak ada mood pula nak cakap banyak-banyak.

"Kau okay?"

Aryana mengangguk sahaja dengan pertanyaan Luke. Lelaki itu meraut wajahnya dengan kasar. Dah mula dah sifat beku budak bertuah sorang ni.

"Kau kecewa?" Soal Luke lagi. Aryana menggeleng. Malaslah nak jawab.

"Tipulah." Balas Luke tak percaya dengan jawapan Aryana.

Aryana melepaskan nafasnya dengan geram. Dia dah hilang sabar ni. "Stop asking me, please."

Luke segera mengunci mulutnya. Baik berhenti bertanya sebelum gunung berapi si Aryana tu meletus.

"Good afternoon, students." Laung pensyarah dari depan bilik itu.

"Good afternoon, sir." Sahut beberapa orang pelajar.

Pensyarah yang digelar sir itu menganggukkan kepalanya. "Please come forward The President and Vice President for the Music Club." Pinta pensyarah itu.

Noah yang sentiasa ada di bahagian depan bilik itu segera mendekati pensyarah.

"Where is the Vice President?" Soal pensyarah tersebut.

Noah memusingkan badannya ke belakang. Memandang satu persatu wajah ahli kelab tersebut. Matanya terhenti pada Aryana yang sibuk membaca buku.

Untuk pengetahuan semua, Aryana merupakan naib pengerusi bagi kelab muzik yang dilantik oleh Noah tanpa persetujuan daripada Aryana.

Noahkan tu.

Luke menyenggol lengan Aryana untuk menarik perhatian gadis itu. "Apa?" Soal Aryana bersama suara yang dikeraskan. Serabutlah kejap-kejap mengganggunya.

"Lecturer panggil kau tu." Ujar Luke.

"Sejak bila dia panggil aku?"

"Tadi dia panggil kau. You're the Vice President for this club." Kata-kata Luke mengundang muka terkejut Aryana.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now