SC-10

391 23 4
                                    

Seminggu kemudian,

Seminggu telah berlalu dan dalam masa seminggu itulah hidup seorang gadis bernama Aryana tidak lagi berasa tenang.

Setiap hari atau lebih tepat setiap masa, kalau dia tak diganggu oleh Noah, pasti dia akan diganggu oleh fans tak guna Noah. Dua-dua sama je. Tak guna!

Aryana berlegar di sekitar blok akademik sementara menunggu kelasnya yang seterusnya. Dia bukanlah rajin sangat nak masuk kelas tapi lebih baik dia masuk kelas daripada terus kena serang dengan manusia-manusia yang tak guna yang telah dinyatakan diatas.

Baru sahaja kaki dia melangkah melalui kaki lima blok Maria Theresa, bahunya ditolak kuat sehingga terhentak ke dinding. Dia mengaduh kesakitan.

Bahunya yang terasa perit dipegang. Nasib sahajalah dia memikul beg sandangnya kalau tidak, dengan belakang badannya sekali kena hentak ke dinding.

Dia memandang figura yang menolaknya. Seorang gadis berambut auburn dan ada beberapa orang lagi pelajar perempuan yang menghampiri.

Semakin lama, semakin ramai pelajar perempuan melingkung Aryana. Siapa lagi kalau bukan fans si tak guna tu.

"Tak puas lagi ke kena belasah dengan aku semalam?" Tak berdaya Aryana menyoal.

Semalam, mereka ini juga yang mengepung dan membuli Aryana. Seperti yang Sierra sangka sebelum ini, memang diorang yang kena belasah dengan Aryana, bukan Aryana yang kena belasah dengan diorang.

Tanpa rela Aryana terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk melawan 20 orang pelajar yang mengepungnya semalam. Dia mengaku, semua pelajar yang mengepungnya tu lemah je. Sekali belasah terus lari.

Tapi nak buat macam mana, bila kena lawan dengan 20 orang bukannya dia mampu.

"What did you just say? Kau belasah kitorang? Hei, kau tu bukannya kuat sangat pun. Sekali tumbuk macam kena tumbuk angin je." Sinis gadis yang menolak bahu Aryana tadi berkata.

Aryana menguap kebosanan. "Kau nak apa lagi?" Kepala disengetkan ke tepi tanda dia betul-betul malas nak layan.

"Stay away from Noah." Seperti yang dijangka oleh Aryana sebentar tadi, sememangnya ayat itu akan keluar dari mulut fans si galah tu.

Aryana tergelak sinis. "Nak kata kau buta, elok lagi mata terbuka. Nak kata pekak, boleh pula dengar soalan aku. Aku dah bagitahu semalam, aku tak ingin pun nak rapat dengan dia. Kau sendiri nampak dia BULI aku. Bukannya rapat macam couple pun." Sengaja dia menekan perkataan buli tu.

Kalau masih tak dengar, lebih baik pergi klinik buat check-up pendengaran.

"Tak ada siapa yang relakan diri kena bulilah, bodoh! Kau memang sengaja nak rapat dengan dia, kan?!" Naik satu oktaf suara gadis itu menengking.

Aryana memejamkan matanya rapat. Habis terpecik air liur gadis yang menengkingnya itu. Nak tengking pun ambillah jarak 1 meter supaya air liur tak kena dekat orang lain.

Itupun nak kena ajar ke?

Dia mengusap wajahnya kasar.

Gadis tersebuat rasa tercabar dengan tindakan Aryana. Tangannya naik tinggi seperti ingin menampar Aryana. Pantas Aryana mencengkam tangan gadis itu. Terhenti dia daripada terus bergerak.

"Kau pernah rasa kena buli, tak? Pernah si Noah tu buli kau? Tak pernah pun, kan? Kau rasa ada ke orang rela nak kena buli? Dapat luka, berdarah sana-sini. Itu baru fizikal, bukan mental lagi. Serabut tak nak terus hidup sampai bunuh diri. Kebanyakkan kes orang bunuh diri tu sebab mental bullying. Not the physical one. " Aryana jeda, dia mengambil nafas seketika sebelum menyambung.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now