SC-41

388 19 20
                                    


Special Chapter

______________________________________

Cuti musim panas kini tiba dan hari ini merupakan hari untuk pelajar Orion Sports University pulang ke rumah masing-masing.

Aryana, Sierra, Erilynn dan Sarah masing-masing mengheret beg bagasi sebesar gajah mereka menuju ke lif bangunan.

Dalam fikiran mereka, ingatkan ingin masuk serentak. Lupa pula lif itu sebenarnya kecil sahaja. Tak muat untuk masuk keempat-empat orang sekali gus. Lagi-lagi bila beg masing-masing sama besar dengan tuan.

Tanpa berfikir panjang, mereka berempat segera menghulurkan tangan mereka ke depan. Apa lagi kalau bukan

Batu, gunting, kertas!

Seperti ada satu chemistry antara Aryana dan Sarah, mereka berdua sama-sama membentuk gunting manakala Sierra dan Erilynn masing-masing membentuk kertas.

Akhirnya, Aryana dan Sarah turun ke bawah terlebih dahulu kemudian barulah Erilynn dan Sierra.

Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka sambung mengheret bagasi mereka menuju ke pintu gerbang.

"Ary." Sapa seseorang dari belakang. Aryana terus memusingkan badannya. Ayden!

"Hye!" Sapanya mesra.

"Nak abang pegangkan beg sandang tu ke?" Jari Ayden terhala pada beg sandang yang disangkut pada bahu Aryana.

"Boleh ke?"

"Boleh je. Abang tak bawa balik banyak beg pun." Ujar Ayden. Ditangannya ada sehelai jaket dan di sisinya pula hanya ada sebuah beg bagasi berwarna hitam.

Aryana mengangguk. Dia segera menyerahkan beg itu kepada Ayden.

"Untunglah ada abang." Usik Sarah.

"Untunglah abang sama sekolah." Sampuk Sierra.

Serentak Aryana dan Ayden menjeling mereka berdua.

Mata Ayden tertancap pada sebuah kereta Tesla Model 3 yang menuju ke arah mereka. "Ary, jom." Ajaknya.

Dia mendahului Aryana dan bergerak menuju ke arah kereta Tesla yang sudah diparking betul-betul di hadapan pintu gerbang.

Keluarlah pemandu peribadi keluarga Ayden dan Aryana untuk membantu anak majikannya itu menyimpan beg bagasi ke dalam bonet kereta.

"See ya!" Laung Aryana pada rakan-rakannya sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

Dia duduk di bahagian belakang manakala Ayden duduk di hadapan. Pemandu peribadi atau tidak dia masih perlu orang hormat orang itu kerana dia hanyalah anak majikan dan bukannya majikan. Bukan dia yang bayar gaji mereka.

Aryana membuang pandangannya ke luar tingkap. Dalam lautan manusia yang ada dalam kawasan Orion Dormitories itu, dia perasan figura seorang lelaki yang dikenalinya memakai t-shirt biasa beserta sehelai coat dan jeans berwarna hitam.

Lelaki itu seperti perasan akan pandangan Aryana dan melambai kecil pada gadis itu. Dengan mesra Aryana membalas lambaian lelaki itu.

"Amboi, dah berbaik dengan Noah?" Sampuk Ayden di hadapan. Dia perasan lambaian Aryana itu melalui cermin sisi kereta. Hujung matanya pula terpandang Noah yang berada di tengah-tengah lautan manusia.

Aryana berhenti dari terus melambai Noah. Dia tersengih pada abangnya. "Lebih kuranglah."

.......

Second Chance [C]Where stories live. Discover now