SC-23

395 19 10
                                    

Perjumpaan ahli Archery Department yang julung-julung kali diadakan, kini diadakan. Elijah Stewart, selaku ketua di dalam department itu tak suka buat perjumpaan tapi kali ni, entah demam apa tiba-tiba ada perjumpaan.

Semua ahli Archery Department berkumpul di dalam dewan memanah. Sarah duduk di barisan paling belakang kerana semestinya dia tidak berminat untuk dengar bebelan Elijah Stewart.

Lelaki itu masuk ke dalam dewan memanah. "Good evening, peeps. How was your study?" Selamba dia memulakan pembuka kata.

Ada segelintir ahli department itu yang menjawab 'fine' dan selebihnya hanya mendiamkan diri.

"Mesti wonder kenapa aku suddenly buat perjumpaan, right?" Serentak semua orang menjawab ya.

"First of all, kita akan ada perlawanan dengan Syrene Sports University. Korang mesti kenal, kan? Antara sports university paling popular tu tapi tak boleh nak lawan kitalah, right?"

Serentak semua mengangguk setuju. Semangat pelajar Orion berkobar-kobar dalam diri mereka.

Telah lama terkenal dengan kepakaran dalam pelbagai jenis bidang sukan, siapa je nak diperlekehkan dengan universiti lain.

Sarah mendiamkan diri lagi. Dia elok sahaja bersandar pada dinding dewan sambil berpeluk tubuh. Wajah Elijah di hadapan langsung tidak dipandang.

Fikirannya beterbangan jauh dari situasi asal.

"Second of all, we have a new player. Please come in, girl." Jemput Elijah bersama senyuman manis.

Perlahan-lahan seorang gadis memasuki dewan memanah tersebut. Semua ahli yang ada di dalam dewan itu terkedu.

Aryana.

Baru sahaja heboh dirinya keluar dari Swimming Department tempoh hari, tiba-tiba dia menyertai Archery Department. Siapa je yang tak terkejut.

Sarah tersedar dari lamunannya. Segera dia mengangkat kepala memandang ahli baru bidang sukan yang dipilihnya.

Mulutnya melompong kecil. Matanya tajam memandang wajah gadis itu sebelum dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari dewan tersebut.

Aryana perasan kelibat Sarah yang selamba badak keluar dari dewan itu. Dia tersenyum kelat bersama satu keluhan. Mereka tak mungkin berbaik semula.

Gadis itu memandang semula ahli memanah yang merupakan rakan sepasukan barunya. Dia cuba untuk mengukir senyuman manis walaupun terpaksa kerana ramai yang memandang wajahnya dengan pandangan kosong.

"Kenapa pandang dia macam tu? Sambutlah kedatangan dia sikit." Elijah cuba untuk meredakan keadaan tegang antara Aryana dan ahli pasukan lain.

Aryana nampak muram manakala ahli yang lain nampak seperti ingin mencincang Aryana hingga lumat.

"Say something, Ary."

"Em, hi?" Ragu-ragu dia mengeluarkan suara.

"Elijah, may I say something?" Seorang ahli lelaki Archery Department meminta keizinan Elijah tanpa menghiraukan sapaan Aryana.

"Go on."

"Honestly, I've a crush on Aryana. I like everything she does eventhough she's very naughty person and like to break the rules. I also like her pretty face and I'm so proud of her achievements. But for this decision, leaving Swimming Department without a reason, I totally disagree although I'm nothing to her."  Tulus Ikhlas dari hati lelaki itu berkata.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now