SC-6

446 29 17
                                    

Sarah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah.

Dia terpandang Aryana yang elok terlentang diatas katil. Nampak penat semacam.

"Aryana, kau dah mandi?" Gadis itu menganggukkan kepalanya.

Dia dah mandi sebelum Sarah balik ke dormitory lagi.

Sarah berjalan ke arah katilnya yang berada beberapa meter jauh dari bilik air.

Katil Aryana pula ada di hujung bilik. Maknanya mereka berdua memang tidur berjauhan. Hanya mereka berdua sahaja ada dalam bilik tersebut.

Selama Aryana menghuni bilik itu, memang dia berseorangan sebelum Sarah mengambil keputusan untuk berpindah ke dalam bilik tersebut sekali.

Aryana pula jenis memilih teman sebilik. Ada je orang yang nak masuk dalam bilik itu juga tapi selalunya dia tolak mentah-mentah. Tak fikir langsung perasaan orang lain.

Dia tak pernah rasa kesunyian malah lebih seronok bila dapat teman sebilik yang sekepala macam Sarah walaupun perangai Sarah agak serius berbandingnya.

"Ary, kau nak masuk kelab apa?" Soal Sarah ingin memulakan perbualan.

Aryana bangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila diatas katil, memandang sarah di hujung sana.

"Aku stay kelab tahun lepas je. Kelab muzik. Asal?" Soalnya kembali.

"Aku tak tahu nak pilih kelab apa." Jawab Sarah. Fikiran dia dah bercelaru memikirkan tentang aktiviti kelab. Sudahlah benda tu akan berlangsung pada esok hari.

"Oh, aku lupa kau muda setahun dari aku." Aryana bantai tergelak. Dia tak ingat Sarah muda setahun darinya kerana perangai Sarah yang agak matang darinya.

Sarah menepuk dahinya perlahan. Memang pasrah dengan perangai Aryana.

"Cepatlah. Tolong aku. Patut aku masuk kelab apa?" Desak Sarah. Dia dah gelisah semacam sebab tak tahu nak pilih kelab apa.

Ini kalau tersalah pilih kelab, takut dia bosan dan tak boleh nak menyertai aktiviti kelab. Lagi menyusahkan.

"Chill. Pilihlah ikut keselesaan. Tak dapat tahu kelab apa untuk sertai esok pun, dekan tak makan kau. Dia manusia juga." Seloroh Aryana macam tahu-tahu sahaja Sarah tengah risaukan tentang dekan.

Sarah mencebikkan bibirnya. "Kau bolehlah chill sebab selalu dah hadap dekan. Aku ni tak pernah lagi."

"Then, make it your first time." Selamba Aryana berkata. Tak risau dah gelisah dalam hati Sarah.

"Are you crazy? Aku nak jaga markah merit aku lah!" Bentaknya geram dengan perangai selamba Aryana.

Walaupun mereka dah masuk universiti, pemarkahan merit demerit masih lagi dikira. Jika melakukan kesalahan dan dapat tahu dengan pensyarah mahupun dekan, pasti akan mendapat markah demerit.

Jangan tanya markah merit Aryana tinggal berapa. Banyak sangat dah masalah dia buat. Tapi dia masih tak risau.

"Alah kau ni. Tak perlu jadi baik sangat." Aryana memberikan 'nasihat' yang langsung tak berguna.

Sarah mengetap bibir geram. Satu benda yang dia tak suka dengan Aryana, bila tanya opinion dia takkan membantu.

"Malaslah aku cakap dengan kau. Buang masa." Protesnya. Dia bangkit dari katil dan pergi ke arah tempat menyidai tuala.

Aryana tergelak halus. Memang gila main dengan Sarah seorang ni. Dia perhatikan Sarah yang sudah siap menyikat rambut dan seperti ingin keluar dari bilik.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now