SC-25

391 22 4
                                    

Recurve bow yang ada di dalam tangannya ditilik. Dia mengeluh berat.

Betulkah keputusan dia?

Dia sudahlah tak ada pengalaman langsung dalam bidang memanah.

Sedangkan dia boleh sahaja masuk bidang sukan gymnastic kerana dia dah ada asas dalam bidang sukan itu.

Ahli renang selalunya ada basic gymnastic. Dan ia merupakan sukan paling utama yang memberi manfaat kepada perenang.

Tapi dia tak rasa dia berminat dengan gymnastic. Memanah lebih menarik minatnya.

Kenapa? Sebab dia pun tak tahu kenapa dia boleh minat dengan memanah. Nampak hebat sebenarnya bidang sukan ini.

Memanah ni merupakan bidang sukan kedua yang dia berminat untuk masuk ketika dia di semester pertama. Tapi dia memilih untuk menjadi ahli renang juga kerana itu adalah hobinya dan dia dah berlatih berenang sejak dia berumur 5 tahun.

Minatnya dalam sukan renang memang melebihi segala-galanya. Sebelum renang, dia ada berlatih sebagai ahli gymnastic. Ketika dia berumur 3 tahun. Sebab itulah dia ada asas gymnastic.

Busur yang ada dalam tangannya digenggam kemas. Dia pandang pada papan sasaran yang berada jauh dari pandangan matanya.

Macam mustahil.

Mata kirinya ditutup. Memandang sasaran itu dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata kanan, mata dominannya.

Anak panah yang diletakkan di hujung kakinya, diambil. Dia cuba sasarkan anak panah itu pada sasaran yang sepatutnya.

Jarinya melepaskan anak panah.

Dan gagal.

Anak panah itu melencong ke sebelah.

"Hye, you're Aryana, right?" Seorang gadis datang dan menegur Aryana.

Hampir sahaja gadis itu terperanjat. Bijak sangat tegur masa dia berlatih.

Aryana segera berpaling. Seorang gadis yang tinggi bahunya ada di depan mata.

Oh, dia ni. Dia kenal.

"Elora? What do you want?" Dah bagitahu di bab yang lepas, Aryana kenal dengan semua pelajar Orion.

Tak hairan kalau dia kenal Elora Bloom Ambrosia sekali.

Salah seorang ahli sukan Memanah. Orang cakap dia memang mahir dalam sukan ni. Entah dia buat apa dekat situ.

"Nak training ke?" Mesra Elora menyoal. Siap bersama senyuman manis lagi.

"Tak." Malas Aryana menjawab. Matanya kembali menghadap sasaran di hadapan.

"May I ask you something?"

"What?" Senada Aryana menyoal. Dia langsung tak pandang wajah Elora di sebelahnya.

"Kenapa tukar department?" Penuh berhati-hati dia bertanya. Karang tak fasal-fasal Aryana mengamuk, mati dia.

"Perangai kau dengan orang lain, sama je eh?"

"What do you mean?"

"Selalu memperlekehkan keputusan aku. Jangan sibuk hal orang lain boleh tak?" Tak senang Aryana menjawab.

Dia pantang orang masuk campur urusan dan keputusannya. Apa yang dia buat, biarlah dia seorang yang tanggung.

Nak menyesal pun, biarlah dia seorang.

"Tak, aku tak perlekehkan keputusan kau pun. Aku tanya je."

"Sama je kan?" Satu jelingan diberi.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now