SC-51

355 20 4
                                    

"It's done." Maklum Erilynn bersama senyuman paksa terlakar dibibirnya. Matanya sedaya upaya disepetkan supaya nampak senyumannya itu ikhlas.

Cecilia mengangkat kepalanya untuk memandang wajah Erilynn. Lihat sahaja wajah gadis dihadapannya kini, dia rasa menyampah.

Menyampah kerana dia sudah tahu satu rahsia yang sepatutnya dia tidak tahu. Iaitu rahsia Erilynn ada simpan perasaan terhadap Helen, bekas teman lelakinya.

"Well, you need to stop doing all of this, you brat. Now I know that all of your secrets. I thought you really didn't like Helen but I was wrong. I shouldn't believe your words at the very first place. You can get your ass outta here. I hate seeing your face, bitch." Penuh pedas, kesat dan kasar kata-kata yang terlontar dari mulut Cecilia.

Erilynn terdiam saat mendengar semua yang diperkatakan oleh Cecilia. Persoalan pertamanya, bagaimana Cecilia tahu semua benda tu?

"I'm the queen of this university. I could ask everyone about anyone." Penuh angkuh dia berkata. Sempat lagi dia mendabik dada tanda bangga.

Erilynn menggigit tepi bibirnya dan pandangan matanya menjadi redup tetapi tajam. "You just moved here, don't act like you know everything." Gumamnya dengan menggunakan suara dalamannya.

Cecilia terdengar setiap butir bicara yang Erilynn sebut. Dia pandang gadis dihadapannya seperti ingin membunuh. Erilynn membalas pandangan itu dengan pandangan yang betul-betul menjijikkan.

Beg sandang yang dia letakkan diatas kerusi, diambil dan dia mempercepatkan langkah untuk keluar daripada bilik peribadi Cecilia yang entah dari mana budak tu dapat izin untuk gunakannya.

Bilik tersebut sebenarnya merupakan sebuah bilik kosong yang ada di universiti tersebut. Selalunya bilik kosong sebegini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin suasana yang sunyi untuk mengulang kaji selain pergi ke perpustakaan dan semestinya sebelum masuk bilik tersebut, kena minta izin.

Ada had masa juga kalau nak masuk dalam bilik tersebut. Paling lama pun 3 jam sahaja dan yang menghairankan Erilynn adalah Cecilia tu berlagak macam dia sudah menguasai bilik tersebut. Lepas dia ada izin untuk gunakan bilik tersebut, ramai pelajar yang tak boleh jejak kaki ke sana dah.

Dia tertanya, keizinan siapa yang dia minta. Tapi, itu bukanlah masalah dia. Dia bukannya kisah sangat nak mengulang kaji dekat mana. Asalkan dia selesa.

Dia berjalan melalui kawasan tersebut dengan penuh rasa berdendam dalam hati. Betul dia jenis tidak ambil kisah sangat fasal orang lain tapi dia jenis menyimpan dendam- tak dapat dinafikan, semua orang suka menyimpan dendam.

Tiba-tiba dia sedari disetiap laluan yang dia lalui, pasti akan ada sekurang-kurangnya sekumpulan pelajar yang perhatikan dia dan membisikkan sesuatu kepada rakan disebelah. Berkerut dahinya melihat situasi yang agak jarang dia rasai.

Tanpa banyak berfikir, dia mempercepatkan langkah untuk menuju ke gelanggang bola tampar. Jaket rasmi Volleyball Department ditanggalkan dan dicampakkan ke atas bangku. Dia meneguk sedikit air sebelum melakukan sesi pemanasan badan.

Sambil dia memanaskan badan, hujung matanya ternampak figura Helen yang melintasi kawasan tersebut. Kata-kata Aryana dan Sarah tempoh hari menerjah masuk ke dalam mindanya.

Matanya lama merenung lelaki itu. Tangannya digenggam kuat untuk mengumpul semangat. Dia kemudiannya berlari anak, pergi ke arah Helen dan memegang lengan lelaki itu dengan perlahan untuk memberhentikan langkahnya.

Helen agak terkejut dengan kehadiran Erilynn tetapi dia cuba sedaya upaya untuk mengawal ekspresi wajahnya. Dia memandang wajah gemuruh Erilynn dengan muka tidak berperasaan.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now