SC-1

1K 50 9
                                    

Bangunan universiti yang gah tersergam diperhati buat kali kedua.

Dia melepaskan keluhan. "Is it a must, mama?" Soalnya kepada Puan Elise selaku mamanya.

"Yes. Dah turun." Arah mamanya. Dia mencebikkan bibir.

Dia mendekati Puan Elise. Pipi wanita itu dicium sebelum dia turun dari kereta. Beg bagasi yang diletakkan di dalam bonet kereta diambil.

Dia melangkah masuk ke dalam pintu gerbang yang tertulis Orion Dormitories tanpa rela di hati.

Kereta mamanya yang kian hilang dari pandangan, diperhati. Erilynn tersenyum kelat.

Elok sahaja dia belajar di sebuah universiti yang fokuskan akademik, tiba-tiba kena masuk universiti sukan.

Mamanya cakap, dia amat mahir dalam sukan bola tampar jadi rugi kalau tidak gunakan peluang keemasan.

Lagipun, dia baru berusia 20 tahun. Masih ada banyak masa untuk berlatih dan menjadi atlet.

Kad Aquila Dormitory diambil dari poket seluarnya. Fungsi kad itu adalah untuk discan pada scanner yang ada pada lif bangunan dormitory tersebut.

Tujuan pihak universiti berbuat demikian adalah untuk memastikan tiada pelajar dari dorm lain yang menceroboh masuk ke dalam dormitory orang lain.

Dia bergerak menuju ke arah lif yang berada di hujung bangunan. Kad itu diletakkan pada scanner dan pintu lif pun terbuka membenarkan dia untuk masuk.

Beg bagasi yang sebesar gajah ditarik memasuki lif yang hanya muat-muat untuk 4 orang sahaja.

Nasiblah ketika ini dia berseorangan. Jemarinya menekan butang tingkat 2.

Tak sampai 5 minit dia menunggu, akhirnya dia sampai di tingkat 2. Beg bagasi di tarik keluar.

Matanya melilau mencari bilik A-5.

"One, two, three, four and..." Dia mulai mengira.

Kakinya secara statik berhenti di hadapan sebuah pintu yang berwarna coklat cair. "Five." Bisiknya perlahan.

Dia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum tangannya naik mengetuk pintu itu.

Tiga kali diketuk, akhirnya ada yang membuka pintu. "Our new roommate?" Soal seorang gadis berambut blonde.

Erilynn hanya mengangguk. "Oh, come on in." Pelawa gadis itu.

Erilynn masuk ke dalam bilik tersebut. Segenap ruang diperhati.

Cantik! Walaupun design yang digunakan sangat minima, tapi cukup untuk menampakkan bilik itu elegant.

Bilik itu seperti hotel, langsung tak nampak macam bilik asrama. Siap ada kawasan yang boleh digelarkan sebagai pantri dan bilik air pula ada di dalam bilik.

Bermakna tak perlu berebut bilik air macam universitinya dahulu.

Tak lupa juga ada bahagian yang menempatkan 4 buah almari. Boleh dikatakan macam walk-in-closet tapi guna almari yang berada dihujung bilik. Bersebelahan dengan bilik air.

"Em, can you introduce yourself?" Tegur seorang gadis berambut brunette dan berkulit putih melepak.

Erilynn tersedar dari lamunannya. Dia tersenyum janggal.

"Hye, my name is Erilynn Evans. 20 years old and you can call me Riley for short." Dia memperkenalkan diri bersama satu lambaian kecil.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now