SC-32

345 20 55
                                    

Noah duduk di birai katilnya.  Tangannya menguak rambut yang menutupi dahi dan sedikit bahagian hujung matanya.

Terserlah segaris parut di bahagian hujung matanya. Parut yang meninggalkan kesan hitam dalam diri lelaki itu.

Peristiwa hitam itu telah mengubah sepenuhnya tanggapan dia pada seorang insan yang bergelar ibu.

"You're not even my son."

"Stay away from me. I hate you."

"You're useless, did you know that?"

"Get out! I don't want to see your face ever again, jerk."

Rambutnya yang dikuak, dicengkam kasar. Kata-kata tajam daripada insan yang pernah bergelar ibunya sedikit sebanyak menyebabkan dirinya berdendam pada wanita itu.

Asher mendekati lelaki itu. Dia duduk di sebelah Noah.

"Kau stres kenapa?" Soal Asher prihatin.

Noah mengangkat wajahnya, memandang wajah Asher. Dia menggeleng kecil. Tangan yang menguak rambutnya sebentar tadi dilepaskan.

Menutup kembali parut itu.

"Aku tak streslah. Tengah fikir je."

Berkerut dahi Asher mendengar jawapan Noah.

"Fikir apa? Aryana?" Tak tahu kenapa tapi nama itulah yang terlintas dalam fikirannya.

Noah memberi ekspresi hairan pada Asher. Tiba-tiba sebut nama Aryana ni dah kenapa. Tak ada kaitan apa pun.

"Kenapa dia pula? She isn't worth thinking about." Masih dengan intonasi tak berperasaannya.

"Eleh, isn't worth thinking konon. Yang kau hari-hari kacau dia tu apa? Isn't worth thinking juga?" Balas Asher. Mahu sahaja dia tergelak. Kelakar rasanya mendengar jawapan sahabatnya itu.

Efek demam kot sebab tu jadi khayal macam tu. Rare betul orang demam jadi khayal.

"Aku dah lama tak kacau dia. Okaylah tu." Noah mempertahankan dirinya.

Betul, sejak kebelakangan ni dia jarang kacau Aryana. Jika mereka terserempak pun dia banyak mengabaikan gadis itu. Dia lebih fokus pada apa yang dia fikirkan sekarang.

"Dah insaf ke? If so, that's good for you."

"Siapa cakap dah insaf? Aku just nak bagi dia rehat kejap. Lagi pun dia pengsan kan haritu? Entah sedar ke tak lagi."

Terletus tawa Asher. Haih Noah seorang ni. Tengah demam pun perangai tetap sama.

Sinis memanjang.

"Cis, betul ke kau nak bagi dia rehat? Ke kau dah sukakan dia?" Asher mencabar. Senyuman sinis terukir.

"Buat lawak apa kau ni? Sampai mati pun aku takkan suka dia." Noah menguap kebosanan.

Suka, suka, suka. Itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut Asher.

Macamlah dia tak ingat deal mereka berdua sebulan yang lepas.

Tanpa disangka, peristiwa minggu lepas tiba-tiba sahaja berlayar dalam mindanya.

Disebabkan jeritan tu, dia kalah. Sebabkan jeritan yang menyebut nama Aryana itu, fokusnya lari.

Semuanya salah dia. Noah mengetap bibirnya kegeraman. Matanya tajam menikam ruang lantai dormitory dia, Asher dan Ethan.

Asher memerhatikan perubahan ekspresi Noah dari hujung matanya. Ternaik kecil hujung bibir lelaki itu.

"Berdendamlah tu. Sudah-sudahlah Noah, benda haritu terjadi bukan salah Aryana." Tenang Asher berkata.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now