SC-49

340 22 2
                                    

Seminggu telah pun berlalu sejak peristiwa Erilynn bersetuju untuk membantu Cecilia mendapatkan Helen semula. Seminggu juga telah berlalu sejak Sierra mendapat beberapa jambakan bunga, beberapa kotak coklat dan jemputan untuk keluar bersama.

Tidak lupa juga peristiwa Aryana tiba-tiba sahaja menghilangkan diri dan juga peristiwa Sarah dibuli oleh Eva.

Seminggu yang penuh dengan perkara tragis. Penuh dengan gangguan pelbagai jenis perasaan. Dan benda yang terjadi seminggu yang lalu tidak berakhir seminggu disitu.

Erilynn masih lagi membantu Cecilia, Sarah masih lagi mengelakkan diri daripada bertembung dengan Eva supaya tidak kena buli, Sierra masih lagi melayan perangai Blaze yang semakin lama semakin minta perhatian dan Aryana masih lagi menjadi Aryana.

Gadis itu seorang je yang masih biasa. Tiada masalah yang perlu dia tempuhi. Buat masa sekaranglah. Eh kejap, oh lupa. Dia masih lagi dibelenggu rasa tanda tanya dan risau akan sahabat lelakinya yang seorang itu.

Bagaimana keadaan dia? Dia tidak tahu. Nak pergi melawat? Dia tidak tahu lelaki itu membuat rawatan di mana. Nak tanya? Semestinya dia takkan balas.

Nak menangis? Tak ada guna. Lagipun Noah sudah awal-awal bagi amaran dekat Aryana untuk berhenti menangis. Tak ada guna dia bazirkan air mata. Masalah utama dekat sini, Aryana sendiri tak ada usaha untuk berjumpa dengan Luke.

Seperti yang sudah dinyatakan, dia sendiri tak nak mesej atau membuat panggilan kepada Luke atas satu sebab yang belum pasti terjadi atau tidak. Iaitu diabaikan.

Aryana berjalan beriringan dengan Sarah untuk pergi ke kelas mereka berdua. Masuk sahaja semester terbaru ni, ada satu subjek yang menempatkan mereka berdua sekelas.

Bagus, senang kerja kalau ada masalah apa-apa.

Kedua manusia itu memasuki dewan kuliah tersebut dengan muka yang tidak berperasaan, kosong. Mereka mengambil tempat dibahagian belakang sekali kerana seperti biasa, mereka malas untuk menumpukan perhatian.

Sarah mengambil tempat dihujung belah kiri baris manakala Aryana mengambil tempat disebelah kanan Sarah. Beg sandangnya diletakkan di belakang kerusi supaya tidak mengganggunya untuk menulis.

Dia mengeluarkan smartphone-nya daripada poket untuk membazirkan masa sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah. Buat pertama kalinya, dalam sejarah hidup Aryana, dia masuk lebih awal daripada pensyarah.

Ini mungkin juga disebabkan oleh Sarah ada bersamanya. Jika tidak, memang kelas untuk kali ini pun dia akan ponteng. Masuk dewan kuliah bukanlah minatnya. Baginya dewan itu memanglah selesa, besar tetapi dia rasa terkurung.

Lebih-lebih lagi bila ramai sangat pelajar yang ada dalam satu-satu dewan itu.

Ralit Aryana mentatal skrin smartphone-nya, hujung matanya seperti tertangkap sesuatu.

Dia segera memalingkan wajahnya ke arah Sarah yang juga sibuk dengan peranti canggih dihadapannya.

Mata hazel Aryana mengamati setiap sudut wajah Sarah. Tiada apa yang mencacat celakan muka gadis itu. Muka gadis itu sangat licin, halus dan putih. Sehinggalah mata helangnya itu ternampak segaris kudis dan parut.

Tanpa meminta izin Sarah, Aryana memegang wajah gadis itu, atau lebih tepat bahagian parut dan kudis tersebut. Jemarinya dilalukan atas dua benda itu. Betul-betul kudis dan parut. Bukan halusinasi matanya.

Sarah hampir sahaja terperanjat dengan tindakan Aryana yang sangatlah tidak dijangka. Dia menepis tangan Aryana lembut supaya berhenti daripada terus membelek parut dan kudisnya itu.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now