SC-45

390 16 5
                                    

Erilynn melangkah masuk ke dalam studio print-making seorang diri. Ditangannya terdapat segulung besar kertas lukisan dan bahunya pula menyandang sebuah beg komputer riba.

Belajar lukisan tapi kena bawa komputer riba. Itulah yang menghairankan bagi pelajar yang mengambil course seni halus.

Tempat duduk  yang kosong dicarinya. Langkah diatur menuju ke satu tempat duduk yang berada berdekatan dengan alat-alat lukisan.

Segala barangnya diletakkan disebelah dan dia duduk diatas kerusi itu. Buku lukisan yang disimpan di dalam beg komputer ribanya diambil.

Pensel dikeluarkan daripada bekas pensel dan dia mula melukis beberapa benda yang ada dalam mindanya. Itulah hobinya ketika dia duduk berseorangan.

Jika belek satu persatu muka surat dalam buku lukisannya itu, pasti penuh dengan lukisan yang bermain dalam mindanya. Kebanyakkannya hanyalah gambar lukisan kartun atau anime.

Anime lover, itulah dia.

Dia ternampak kelibat Helen dari hujung matanya. Tangan yang memegang pensel diangkat sederhana tinggi untuk melambai pada lelaki itu supaya lelaki itu duduk disebelahnya.

Helen perasan akan lambaian itu tapi dia buat tidak tahu dan mengambil tempat yang lain, jauh dari Erilynn.

Erilynn terkedu dengan perangai Helen yang tidak seperti Helen yang pernah dia kenal. Satu hembusan nafas kecewa dilepaskan.

'It's okay. Maybe dia nak spend time dengan kawannya je ke.' Detik hatinya untuk sedapkan hati sendiri.

Tangannya sambung melukis. Tapi, fikirannya jauh melayang. Sambil ralit melukis, dia teringat akan sesuatu.

"Aku ni susah sikit nak berkawan. So, kira beruntunglah kau boleh rapat dengan aku. Kalau tak selesa dengan aku, cakap tau. Aku tak nak timbulkan apa-apa masalah dengan kau."

Helen pernah berkata kepadanya sedemikian ketika mereka pergi keluar outing hari tu. Kata-kata itu jugalah yang dia sentiasa semat dalam mindanya. Hatinya rasa lembut sedikit ketika mendengar ayat itu ketika itu.

Tapi, sekarang ni kenapa Helen menjauh. Dia ada buat salah ke?

Mengingat kembali ayat itu, dia terasa bagai mahu menangis. Perangai Helen seperti tidak mahu berkawan dengannya langsung. Dia dan Helen pun sudah 3 minggu tidak berbalas mesej. Nak berjumpa pun tidaklah.

Betul ke dia ada buat salah? Tapi, jika ya, apa salah dia?

Tubir mata Erilynn terasa panas. Perlahan-lahan air mata bertakung dibawah matanya.

Dengan segera dia bangun dari duduknya dan berlari keluar dari studio print-making itu dan menuju ke tandas.

Pintu tandas itu ditolak dengan kasar.  Singki yang ada dalam tandas itu dituju. Kedua belah lengannya ditongkatkan pada singki tersebut.

Setitis air mata jernih mula menuruni diatas pipinya. Makin lama makin banyak air mata yang turun. Dia menangis teresak-esak dalam diam. Kepalanya ditundukkan supaya dia tiada orang dapat lihat dia menangis.

Entah mengapa hatinya bagai dicarik. Memori dia bersama Helen seperti mencarik sedikit demi sedikit tisu hatinya. Dia rasa seperti tidak berguna.

Puas dia menangis, mukanya dibasuh dengan air. Sekeping tisu diambil dan dia mengelap mukanya. Pantulan dirinya dilihat melalui cermin.

Jelas kelihatan mata, pipi dan hidungnya masih lagi merah kerana baru lepas menangis. Compact powder dikeluarkan dari beg kecilnya.

Dia menempel sedikit bedak pada wajahnya untuk menutup segala jenis kemerahan yang ada. Bibir pucatnya dicalit dengan sedikit gincu.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now